Tuesday, January 12, 2010

Borang Akademi Fantasia

Bismillahhirrohmannirrohim

Ramai yang tanya aku mana nak dapat borang AF8. Kalau korang nak ambik borang tu kat The Zon, alamatnya korang tunggu sebelum subuh, sampai lepas isyak la korang masih beratur lagi. So untuk kemudahan korang, sila download borang AF8 kat sini je.

Kalau agak2 susah, korang amek je kat aku selagi stok masih ada. Ada beberapa perkara yang korang kena amek perhatian.

1. Pilih lagu yang sesuai & buat latihan berterusan, suruh kawan @ family korang jadi juri.
2. Pilih pakaian yang sesuai dengan lagu korang.
3. Aku syorkan korang datang pada 16 Januari (Sabtu). Mana tahu kalau 16 Januari tu korang tak dapat, boleh masuk pada 17 Januari pulak.
4. Jangan lupa bawak gambar saiz 4R paras pinggang.
5. Sebelum pergi ujibakat tu, buat ceklist apa yang perlu supaya tak tertinggal.

iConians InsyaAllah akan turun beramai2 memberi sokongan pada korang. Kami akan pakai baju iCon. Kalau ada duit lebih, insyaAlah ada la banner iCon untuk korang nanti. Ada apa lagi tak ek yang aku tertinggal..?