Ali memang dah lama mintak kat aku nak letak jawatan. Ais awal2 lagi dah maklumkan kepada aku kegagalan dia untuk hadir kerana masalah mendapatkan cuti. Fila lak, masa tengah mensyuarat maklumkan pada aku dia kemalangan & bila aku call, dia tak angkat. Risau gak kitorang. Jamal pun ada bagitau ketidakhadiran beliau. Memandangkan Jamal duduk Kota Tingi, aku faham. Selain dari tu, takde kabar berita. Maka aku terpaksa buat keputusan besar malam tu.
1. Ujibakat iCon Muzik dengan kerjasama Kip Mart
2. Model XXL Search
3. iCon Dance Competition
4. Membuka gerai iCon di Larkin - projek ibu tunggal
5. iCon Nature membersihkan sungai
6. Pertandingan boling, futsal dll
7. Roadshow album iCon & iCon Raya
dan banyak lagi la yang berjaya dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Selain Projek & aktiviti, iCon juga membentangkan perancangan perniagaan yang mula bergerak dalam iCon seperti Lensa iCon & RedGuys iCon Wear. iConians dilantik juga menjadi jurucakap & promoter kepada bisnes2 ini. Secara tak langsung membantu iCon mendapatkan pendapatan untuk menggerakkan aktviti iCon. Aku sebenarnya tengah usahakan supaya keahlian iCon masih terus percuma kepada korang sebagai tanda penghargaan.
Presiden: Tiada perlantikan. Aku akan pangku jawatan tu sehingga ke tarikh yang sesuai untuk melantik Presiden baru.
Timbalan Presiden 1: Azlina Bte Salimin
Timbalan Presiden 2: Airin
Setiausaha 1: Hafilah Bte Hanafi
Setiausaha 2: Mohd Faizal Bin Abdullah Kidal
Bendahari 1: Mohd Faizatul
Bendahari 2: Siti Aishah maulad Md. Yasin
& barisan pengarah2 iCon 2010
Pengarah i-Foto: Jamal Bin Paidi
Pengarah i-Model: Siti Murni Bte Zulkafree
Pengarah i-Design: Affandi Bin Kamarolzaman
Pengarah i-Dance: Muhamad Nur Alif Fikry Bin Abdullah
Pengarah i-Event: Mohamaad Hafiz Bin Rahim
Pengarah i-Sports: Mohd Sallehudin
Pengarah i-Muzik: Wan Sharifuddin Bin Wan Hassan
Pengarah i-Arts: Zainal Hakim bin Kamaruddin
Dengan harapan setinggi gunung supaya barisan baru NADI & Pengarah iCon ini dapat membawa iCon mencapai matlamat & hala tujunya, aku bagi sepenuh kepercayaan dan kebebasan pada dorang untuk menggerakkan iCon masing2.
Syabas dan tahniah kepada korang yang dilantik & harapan aku, korang lebih bertanggungjawab memegang amanah yang diberi. Kepada NADI & Pengarah iCon 2009, jutaan terima kasih atas kesudian korang bersama menggerakkan iCon Selama ni & khidmat korang tetap diperlukan pada sepanjang masa. Pengalaman korang sangat2 berharga.
No comments:
Post a Comment