Monday, March 15, 2010

Bengkel Interaktif iCon

Bismillahhirrohmannirrohim
Aku rasa dah sampai masanya blog aku ni tak boleh nak upload gambar. Puas aku cuba macam2 cara tapi tak berjaya jugak. Sedih, aku terpaksa menulis tanpa gambar untuk korang ratap. Sedih gak sebab xbest la blog tanpa gambar..kn..kn..kn.. Kalau korang tau camne nak atasi masalah ni, tolong la aku..
Ok, Bengkel Interaktif kat Kompleks Belia & Sukan 7 Mac lepas kurang memberangsangkan. Mungkin aktivitinya berbentuk ilmiah, maka tak ramai iConians yang turut serta. Bukan saja tak datang, malah tak membalas pun SMS yang aku hantar. Tapi takpe la, sebab yang dapat manfaatnya ialah mereka yang turut serta, tol tak?

Terima kasih pada iConians yang memberi respon & yang hadir hari tu ialah Enal, Aleph, Sheikh, Joe, Bad, Salimi & Roy. Tenaga pengajar yang mencurahkan ilmunya ialah Kak Mai, Kaunselor dari JKM.

Apa pentingnya projek ni kepada iCon?

Mungkin ramai yang masih kabur. Bengkel ni sebenarnya projek berantai. Kita datang, kita dilatih sehingga kita boleh melatih, kita membentuk, kita melahirkan. Akhirnya nanti pimpinan iCon ni terdiri dari orang2 yang kita bentuk dan lahirkan. Matlamat utama aku dalam bengkel interaktif ni ialah untuk mewujudkan iConsultan yang akan menjadi 1 badan utama dalam iCon.

Jadi, tak nak ke korang memainkan peranan? Selepas kita dilatih tu nanti, kita akan diberi beberapa projek masuk ke sekolah2 seluruh negeri Johor khususnya, keseluruh IPT2 di seluruh negara, bergerak dalam pameran2 belia seluruh negara. Tidakkah ini satu projek besar?

Aku mintak korang ingat semula, penubuhan iCon bukan sekadar melahirkan bakat2 baru semata2. kita nak lahirkan usahawan, peminpin dalam bidang masing2, kita nak lahirkan speaker, fasilitator, motivator. Memang besar. Siapa nak kata iCon berangan kata la, tapi dah ada jalan yang dirintis. Dah ada beberapa orang iConians yang mula mengendalikan perniagaan.

Telah ada beberapa orang yang mula nampak peranan masing2. Sekarang aku bercadang melahirkan jurulatih2 yang akan berperanan melatih pimpinan iCon. Aku tak bercadang mendedahkan semua ni tapi nampaknya aspirasi iCon gagal difahami oleh iConians sendiri. Jadi aku harap bila aku ceritakan semua ni, korang akan nampak apa yang aku plan untuk iCon dan macam mana korang boleh ambik manfaat.

So Bengkel Interaktif kedua akan diadakan pada 28 Mac 2010, masih lagi di tempat yang sama, Kompleks Belia & Sukan Negeri Johor, Larkin, jam 1 petang hingga 5 petang. Aku nak ajak korang yang berminat dengan projek ni, jom kita datang ramai2 sharp pada masanya. Jom..
Kemudahan yang ada kat Kompleks Belia & Sukan pun banyak. nanti kita boleh buat aktiviti rock climbing, absailing dan macam2 lagi. Bukan sekadar duduk dan berbincang tapi aktiviti outdoor pun ada. Ambik la kesempatan ni. Orang lain yang mengharap,tak dapat, kita yang dapat peluang, tak nak. Apa cerita? Hehe..

1 comment:

Anonymous said...

aritu sha nak pegy sgt2!
tp ade meeting utk camp kat teluk gorek...
so ta dpt na pegy...
next time i'll go...
i must..
haha...
majulah iCon utk negara...




aishamaulad.blogspot.com