Thursday, April 29, 2010

Hello Model2 Johor

Billahhirrohmannirrohim

Dengan berbesar hati aku mempelawa semua model2 Johor untuk turut serta memeriahkan Perhimpunan iCon Johor. Ini adalah kerana, banyak peluang yang korang akan dapat dalam mengembangkan kerjaya korang dan terdapat beberapa permintaan untuk menggunakan khidmat korang.

Ingatan: iCon bukan sebuah agensi model. iCon adalah platform untuk model dari mana2 agensi berkumpul dan berkongsi peluang, mengembangkan dan mengasah bakat masing2 dan berorganisasi.

Oleh itu, korang semua dijemput bersama2 iCon pada 2 Mei nanti. Ada job sedang menanti. Selain itu, satu projek dirangka untuk korang mendapat pendapatan melalui promosi berterusan di dalam web. Pada masa sama, korang akan dipromosikan keseluruh dunia. Nak peluang ni? Rebutlah pada 2 Mei nanti.

p/s: Ada tak mana2 pihak tawarkan kepada korang untuk membuat profile pada harga HANYA RM150 seorang? iCon menawarkannya.

Perhimpunan iConians Johor
Tarikh: 2 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Auditorium Tasik Merdeka, (Payung Besar)
Masa: 3.30 Petang
iConcept: Merah, Hitam, Putih
(Kalau ada baju iCon, pakai baju iCon)

Bike Gathering

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku sampaikan mesej dari Jeff:

Mohd Jeffri Jamil April 28 at 6:18pm Reply
Salam Kepada Semua..pada 16/05/2010 ada bike ghatering kat tapak menara hasil ntry rm 20 dapat sijil + Tshirt....autoshow / best bike tambah lagi rm 10.... tarikh tutp pernyertaan pada 10/05/2010..jika anda berminat sila msg atau hubungi saya di talian 012 - 7952336 jeff@jepp jojo...anda juga boleh menghubungi zul di talian 012 - 7999686 & shafiq di talian 012 - 7477400..penyertaan terhad pada 100 biji sahaja..jadi jgn ketinggalan...terbuka kepada semua motor...


So iConians yang berminat, sila2kan ye. Pada tarikh tersebut juga iCon akan menguasai pentas & satu booth tersedia. Ajak kawan2 kunjungi booth iCon k.

Perhimpunan iConians Johor
Tarikh: 2 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Auditorium Tasik Merdeka, (Payung Besar)
Masa: 3.30 Petang
iConcept: Merah, Hitam, Putih
(Kalau ada baju iCon, pakai baju iCon)

Wednesday, April 28, 2010

Karnival Proton

BismillahhirrohmannirrohimAlhamdulillah, aku nampak sekarang ni tak putus2 aktiviti iCon. Ada je tiap2 minggu dan dah ramai yang mula kembali memeriahkan aktiviti2 tersebut. Kitorang selalu berkumpul kat Cafe Laris. Perjumpaan terbaru hari tu kira mencatat rekod la bila 5 buah meja terpaksa disambungkan.

Ini semangat yang lama hilang dalam iCon. Kini semangat tu dah kembali sikit demi sikit. Yang datang bukan je dari JB tapi dari Pontian, dari Kota & Pasir Gudang. Padahal bukan la aktiviti rasmi iCon, just mesyuarat untuk projek Fitness Day kat M Suites Hotel 15 Mei nanti.

Karnival Proton

Eh, panjangnya muqaddimah. Aku nak cerita pasal semalam ni. Berita baik untuk iCon. Dalam projek Karnival Proton yang dianjurkan oleh Proton Malaysia, iCon dapat peluang untuk mengendalikan pentas sepanjang karnival. Ini bermakna, iCon berpeluang untuk mengetengahkan bakat2 baru dalam iCon samada model, penyanyi, band dan sebagainya. Yang kedua peluang untuk menyebut nama iCon sebanyak2nya kepada pengunjung sepanjang 4 hari program berlangsung.

Satu lagi peluang yang iCon dapat ialah mempromosikan iCon di Karnival tersebut. Dengan keluasan booth 20x20, pelbagai aktiviti telah dirancang semalam. Korang iConians kena la turun beramai2 menyokong usaha memperkenalkan iCon ni. Nak harap sapa lagi, ye tak?

Yang paling best, pada hari Sabtu dimaklumkan keberangkatan YM Tengku Mahkota Johor merasmikan program ini. Sudah pasti la Tengku Makhota akan melawat ke booth2 & ini bermakna baginda akan melawat booth iCon juga. Ambil la kesempatan tersebut. Kita ada model, kita ada bakat2 baru, kita ada fotografer. Siapa tau salah sorang dari fotografer kita boleh jadi fotografer rasmi Istana?

Di atas pentas, kita akan adakan pertunjukan fesyen, persembahan group busking, penyanyi iCon, perncarian bakat kanak2 dan sebagainya. Di booth iCon pula, kita akan membuka pendaftaran keahlian, promosi mengambil & membuat gambar poster, aktiviti interaktif, jualan barangan iCon dan sebagainya.

Jadi iCon perlukan korang untuk turut serta memeriahkan booth iCon & pentas karnival tu. Ajak kawan ramai2 k. Kang masuk TV spa yang galmour? hehehe

p/s: Penghargaan kepada saudara Jef yang mencari dan mendapat peluang sebesar ni. Ini la yang aku harapkan dari iConians semua.

Perhimpunan iConians Johor
Tarikh: 2 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Auditorium Tasik Merdeka, (Payung Besar)
Masa: 3.30 Petang
iConcept: Merah, Hitam, Putih (Kalau ada baju iCon, pakai baju iCon)

Busking Terbuka

Bismillahhirrohmannirrohim

Ezam maklumkan pada aku sambutan percubaan busking minggu lepas sangat memuaskan. Jadi minggu ni, pada 1 Mei akan diadakan sekali lagi busking terbuka seperti maklumat di atas tu. Beberapa group dah menyatakan persetujuan untuk turut serta dalam busking tu nanti.

Sebagai satu cabang dalam iCon, iCon akan sentiasa menyokong usaha baik ni sebagai ruang dan peluang pemuzik2 Johor menunjukkan bakat masing2.

iConians yang ada kesempatan jom la kita turun ramai2 untuk bukak mata masyarakat yang kita buat aktiviti berfaedah dalam usaha mengangkat martabat industri muzik yang semakin rancak ni. Ajak kawan2 korang k.

Perhimpunan iConians Johor
Tarikh: 2 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Auditorium Tasik Merdeka, (Payung Besar)
Masa: 3.30 Petang
iConcept: Merah, Hitam, Putih (Kalau ada baju iCon, pakai baju iCon)

Monday, April 26, 2010

Perhimpunan iConias Johor

Perhimpunan iConians Johor
Tarikh: 2 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Auditorium Tasik Merdeka,
(Payung Besar Tepi Tasik)
Masa: 3.30 Petang
iConcept: Merah, Hitam, Putih
(Kalau ada baju iCon, pakai baju iCon)
Agenda: Rombakan & Penstrukturan
p/s: gambar tu la tempat kita akan berhimpun..

Tulis Nama Dibulan

Bismillahhirrohmannirrohim Bulan pada 25 April 2010
11:54:02 malam
Subhanallah..Segala pujia2an hanya kepadaNya. Aku dapat inspirasi nak shoot gambar bulan ni malam tadi masa lepak2 dengan iConians di Restoran Laris. Sebelum ni pas aku cuba tapi tak dapat2 gak nak shoot gambar camni. Tapi rupa2nya dengan teknik yang betul, Alhamdulillah, puas hati aku bila berjaya jugak merakam gambar bulan.

Memang aku belum puas hati selagi tak dapat rupa bulan yang betul2 sharp tapi sebagai percubaan, setakan ni syukur lah..aku suka..Untuk lagi puas hati, aku berjaya tulis nama atas bulan tu..hahaha
Perhimpunan iConians Johor
Tarikh: 2 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Auditorium Tasik Merdeka, (berhampiran JB Catering)
Masa: 3.30 Petang
iConcept: Merah, Hitam, Putih (Kalau ada baju iCon, pakai baju iCon) Agenda: Rombakan & Penstrukturan

Friday, April 23, 2010

Selamat Hari Jumaat

Bismillahhirrohmannirrohim "Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang2 yang khusyu'.."
~ Al Baqarah: 45


Kita diciptakan sebagai pelupa. Kita selalu lupa, aku jugak selalu lupa. Oleh itu Allah bagitau dalam suratul Asr:

"Demi masa sesungguhnya manusia itu benar2 berada dalam kerugian, kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka yang berpesan2 kepada kebenaran, dan berpesan2 kepada kesabaran"

Sebab kita selalu lupa, maka kita rugi. Tapi Allah bagitau, manusia semua rugi KECUALI orang yang ingat mengingatkan satu sama lain. Oleh itu, aku ingatkan korang, korang juga kena ingatkan aku. Kita berpesan2 supaya kita tak rugi. Boleh?

Perhimpunan iConians Johor
Tarikh: 2 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Auditorium Tasik Merdeka, (berhampiran JB Catering)
Masa: 3.30 Petang
iConcept: Merah, Hitam, Putih (Kalau ada baju iCon, pakai baju iCon)
Agenda: Rombakan & Penstrukturan

Thursday, April 22, 2010

Diperlukan Segera

Bismillahhirrohmannirrohim

Kalau korang free & ada kelapangan, iCon menawarkan kepada korang SEKARANG & SEGERA, untuk projek2 iCon akan datang:

1. Promoter Booth
Projek: Fitnes Day anjuran Grace Fitness
Tarikh: 15 Mei 2010
Masa: 9 pagi - 5 petang

2. Ahli Jawatankuasa
Projek: iCon Futsal Challange 2010 anjuran iCon Sports
Tarikh: 30 Mei 2010
Masa: 8 pagi - 6 petang

Banyak lagi projek yang iCon akan terlibat seperti:

1. Jom Ke Felda anjuran Persatuan usahawan Generasi Felda Malaysia
2. Team Marketing iCon
3. Aktiviti Lensa iCon
4. Street Soccer anjuran iCon Sports
5. Pencarian DJ anjuran iCon Event

dan macam2 lagi la. Kalau korang follow, korang kan tau apa projek2 yang telah dirancang, termasuklah bazar ramadhan. So, korang nak, bagitau aku direct.

Rombakan & Penstrukturan Semula iCon Johor

Bismillahhirrohmannirrohim

PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Siapa yang punya anak..eh..jap..jap..
Ni perkara penting ni.. Mintak perhatian kepada semua..SEMUA yang berikut:

NADI
Pengarah2
iConians
seluruh negeri Johor.

Satu rombakan besar2an dan juga penstrukturan semula iCon akan dibuat sesuai dengan pencapaian iCon sepanjang 3 bulan pertama 2010. Mereka yang komited dan bersungguh2 untuk memajukan iCon akan terus bersama2 iCon dan mereka yang tiada komitmen dan tidak lagi berminat dengan segala program dan perancangan iCon boleh membuat pilihan sendiri.

Sebagaimana yang korang tau, tiada paksaan dalam iCon. Mereka yang pandai mengambil peluang dan memanfaatkan iCon akan mendapat segala manfaat dan kemudahannya dan mereka yang menunggu apa yang mereka dapat dari iCon akan terus menunggu.

iCon bergerak perlahan selama ini kerana memberi peluang kepada iConians untuk mengikut rentak dan melihat peluang yang terdapat dalam iCon. Sayangnya, hanya sebilangan dari mereka yang betul2 faham dan mengikuti segala perancangan iCon sedangkan yang tidak faham mula menabur fitnah kepada iCon.

Aku dah sedia dengan semua ni dan sekarang, memasuki bulan Mei, iCon perlu wajah baru, nafas baru, tenaga baru & NADI baru. iCon sebagai persatuan akan berjalan seiring dengan iConixer Resources dimana iConixer menjana income manakala iConians di dalam iCon menggunakan dana untuk menggerakkan segala aktiviti yang dirancang.

Setelah hampir setahun setengah masa diberi, iCon takkan menoleh kebelakang lagi. Siapa yang agak2 tertinggal, sila tingkatkan kelajuan anda untuk mengejar. Kalau tak, korang akna terus tertinggal. (Sori la, aku tak dapat nak melayan kerenah mereka yang terhegeh2 sebab sekarang bukan lagi masanya untuk aku menghambakan diri untuk mereka yang tak reti menghargai peluang yang diberikan)

Untuk itu, satu perhimpunan untuk semua iConians Johor akan diadakan seperti maklumat berikut:

Perhimpunan iConians Johor
Tarikh: 2 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Auditorium Tasik Merdeka, (berhampiran JB Catering)
Masa: 3.30 Petang
iConcept: Merah, Hitam, Putih (Kalau ada baju iCon, pakai baju iCon)
Agenda: Rombakan & Penstrukturan Semula

Kalau korang keje, ada masa yang cukup untuk korang mohon cuti. kalau korang belajar jauh, ada kesempatan untuk korang balik. Kalau korang rasa macam nak demam, sila sediakan ubat2an yang mencukupi. Kalau ada kenduri kawen, korang dah boleh plan pegi awal @ bagitau siap2 korang tak dapat datang. Kalau takut kereta atau motor rosak, sila cek awal2. Maksudnya, tiada alasan yang boleh diterima untuk korang tidak hadir melainkan kemalangan atau meninggal dunia.

Siapa yang hadir, itulah yang dianggap terus komited untuk bersama2 dengan iCon. Ingat, sekarang bukan lagi masa nak bermanja2. Dah setahun setengah iCon bergerak, aku harap buanglah mentaliti percuma, malas, ikut2an dan sebagainya yang negatif. Tanpa satu sen duit kat tangan pun kita telah bergerak menganjurkan pelbagai program, jadi bagaimana kalau kita ada duit? Aku rasa lagi ligat & makin besar iCon berkembang.

Ambik perhatian k.

Wednesday, April 21, 2010

Memperkenalkan

Bismillahhirrohmannirrohim

Orang kata pemimpin datang pemimpin pergi, iCon tetap terus berjalan & terus berkembang sebab yang tinggal adalah mereka yang benar2 komited, benar2 faham hala tuju & matlamat akhir iCon. Mungkin juga komitmen kepada kerja, keluarga dan sebagainya menjadikan beberapa orang yang memimpin iCon sebelum ini menyepikan diri dan tidak lagi memberi komitmen.

Walau pun begitu, iCon melangkah semakin jauh. Terbaru, dua orang kuat yang berpengalaman dalam bidang masing2 menawarkan diri untuk berjuang bersama iCon. Bidang mereka pula merupakan bidang yang menjadi kekuatan sesuatu syarikat atau pertubuhan iaitu marketing & event. Berikut adalah dua orang yang dimaksudkan.
Jefri Jamil, PA kepada Along Cham (Raja Lawak), seorang penyanyi dan seorang pelakon telah dengan ikhlas menawarkan khidmatnya untuk bersama2 iCon menjalankan beberapa projek yang telah dirancang. Kerana mempunyai pengalaman luas dalam bidangnya, Jef banyak membantu & meringankan beban aku mengemudi iCon.
Fami, pengurus acara yang berpengalaman luas menganjurkan pelbagai acara seperti konsert, futsal dan sebagainya. Aku kenal Fami sejak di KL ketika sama2 bekerja di Cheras. Selain mempunyai matlamat memantapkan sumber dana iCon, Fami juga berperanan melatih iConians yang berminat dalam bidang event & marketing.
Satu je harapan aku. Peranan yang dorang mainkan ni, aku nak bawak bincang dengan semua NADI & Pengarah pada malam yang aku nak buat miting tu. Malam tu, yang hadir cuma aku, setiausaha & 4 orang pengarah sahaja. Jadi, tak salah aku buat keputusan ni dan jangan siapa2 pun pertikai. Kalau korang datang, ye, korang boleh pertikai k.
Ok iConians, ambik la manfaat dengan kehadiran dua orang kuat ni. Kalau korang ambik peluang, hasilnya pegi kat korang jugak k.

Komen

Bismillahhirrohmannirrohim

Korang, korang baik kan..Aku sebenarnya nak mintak jasa baik korang. Aku tak tau la kalau aku syok sendiri menulis dalam blog ni. Aku pun tak tau kalau apa yang aku tulis ni korang suka ke, benci ke. Aku selalu tertanya2 apa pandangan korang untuk setiap n3 yang aku buat.

Korang tau tak kenapa? Sebab.. Korang.. Susah sangat nak komen2 kat blog aku ni. So tolong la komen.. tolong la.. ek..ek.. hehehee

Dari aku,
Djebat
8.30 pagi,21 April 2010

Tuesday, April 20, 2010

Pencarian Lelaki Maskulin

Bismillahhirrohmannirrohim

Farhan Joe sms aku, dia mintak aku hantar budak2 iCon yang berminat nak join Pencarian Lelaki Maskulin. Calon tu mestilah tinggi lebih 175m, berpewatakan menarik, bertubuh sasa dan berketerampilan.Untuk pertama kali ni aku cadangkan 4 orang calon antaranya Suhaimi, Hafiz, Apend & Haiqal.

Suhaimi

Hafiz

Apend

Haiqal

Ini merupakan langkah seterusnya untuk membawa bakat2 baru iCon ke dalam industri. Mudah2an usaha ini membuahkan hasil.
p/s: Harga profile fotoshoot RM450 (bukan iConians) & RM300 (iConians & Pelajar)

Bojeng Kata

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku tertarik dengan petikan dalam blog Erman. Ada betulnya untuk korang renungkan..

"huhu...time pusing2 dalam laptop kerajaan ni cari gambar...terjmp, tertgk, teringt, terfikir, sume ter lah kan...so amik beberapa keping upload kt blog sepi ni...mane tau org2 yang terbabit ingt ape yang terjadi kan...

sume ade time ni...mase datang sini...otak aku konfius...sedih...celaru...pening...sampai sane aku jadi ok sket...ade org tau ape masalah aku...so kt sane...macam2 jadi...dari sedih sampai gembira ade lah kan...jadi ni mmg satu moment yang best la...n sgt bermakna la...until now aku takleh lupe...

so btol la org ckp...me as photographer, capture moment korang yang kawin sume...nnt lame2 nnt korang tgk balik...mood happy tu datang...so...itu la yang mahal nye...klu korang kedekut nk amik mane2 photographer tuk capture moment korang...adalah AMAT RUGI kot....sekian..."

Dah lama aku terfikir, kenapa orang tak sanggup nak bayar mahal untuk memori dorang yang dirakam dalam gambar? Dorang boleh tengok gambar dorang masa muda, masa baru kawen malah anak cucu cucit piut miut dorang semua boleh tengok. Aku nak tanya, ada sapa2 dapat tengok pelamin mak bapak korang masa dorang kawen kalau tak dalam gambar?

Pelamin bayar beribu2 tapi abis majlis kena angkut bawak balik. Fotografer mintak RM500 pun demand nak lagi kurang sedangkan gambar tu dorang boleh bawak sampai mati. Apa la..

Zulyasrani Ke Road To Hollywood

BismillahhirrohmannirrohimBerita gembira yang aku terima dari Zul ialah dia terpilih untuk bersama artis2 Malaysia yang lain ke Hollywood pada 15 Julai nanti untuk projek Road To Hollywood. Sejak aku kenal dia, Zul ni memang sorang yang humble & soft spoken. Tak hairan la itu antara kelebihan yang membawa Zul lebih jauh dalam bidang modeling ni.
Dengan pakej rupa, gaya & ketinggian 188m, Zul memang berbakat dan yang paling penting tidak putus asa mencari peluang & ilmu. Dalam iCon, hanya Shafri yang berkesempatan berjumpa & bergambar dalam sesi fotoshoot di Frim.
Apa pun, sama2 kita doakan Zul dalam bidang yang diceburi terutama dalam pertandingan di Road To Hollywood Julai nanti. Model2 iCon yang lain bila lagi?

Good luck Zul.

Monday, April 19, 2010

Percaya Pada Keajaiban?

Bismillahhirrohmannirrohim

Korang percaya pada keajaiban? Selain keajaiban doa, aku percaya semua tu perancangan & kerja Allah. Ceritanya camni.. Pagi2 tadi aku dapat sms yang berjela2 panjangnya tapi aku tak perlu kongsi dengan korang apa isi sms tu. Sms tu tak buat aku marah, tapi sangat2 sedih & kecewa.

Pagi tu juga lepas tumb print, aku terus menuju ke Larkin Sentral, hantar kawan aku yang kena halau. Dia nak balik ke KL. Dia buntu aku pun buntu, sebab apa? Dalam poket aku tinggal RM1, dia pulak memang tak cukup duit. Jadi macam mana dia nak balik KL?

Sampai Larkin Sentral aku turun & terus tuju mesin ATM. Dalam hati tak putus2 berdoa mudah2an Allah ringankan beban kawan aku ni & bagi jalan. Aku cucuk kad maybank aku.. Aduyai sedihnya.. Ada la sikit, yang kalau aku nak keluarkan pun tak boleh keluar..hehehe

Tiba2 tak tau macam mana aku boleh amek 1 lagi kad ATM aku & terus masukkan dalam mesin ATM. Aku sedar, sebenar2 sedar & yakin, memang tak ada duit dalam akaun bank tu sebab memang dah lama aku tak berurusan. Aku yakin kalau ada pun, dalam akaun tu cuma tinggal tak lebih dari RM10.

Allah Maha Kuasa, aku terkejut, aku terus rasa nak nangis.. Ini ke yang dikatakan keajaiban? Tak lah, ini kerja Allah. Aku tak tau mana datangnya duit yang ada dalam akaun tu. Bukan sikit.. Tak la juga banyak. Tapi sebab aku rasa macam tengah mimpi, aku keluarkan sikit. Allah hu Akbar, betul, keluar duit dari mesin ATM tu. Dengan duit tu la aku tolong beli tiket untuk kawan aku yang memang betul2 tengah susah tu.

Sampai sekarang ni aku masih pelik, mana datang duit tu ek? Yang aku dapat ambik iktibar, kalau kita rasa teraniaya, rasa sedih, direct je mintak pada Allah. Aku yakin, itu yang aku mintak pagi tadi & itu jugak yang Dia bagi aku. Nak tolong orang jangan kira sangat sebab kalau tidak sebab nak tolong kawan aku yang kena halau ni, aku pun tak tau dalam akaun aku tu ada duit. Mungkin arini aku tak makan pun sebab memang aku dah takde duit.

Apa pun, syukur Allah ringankan sikit beban aku. Kawan2 yang mana aku bayar hutang dia pagi ni, itu duit pelik yang aku dapat tu la..hehehe

Keajaiban Doa

Bismillahhirrohmannirrohim

Jumaat aku balik kampung. Seperti biasa aku sms orang2 yang penting dalam hidup aku, mohon didoakan agar aku selamat sampai. Petang tu hujan lebat gila hinggakan hanya sebuah kereta je didepan aku yang boleh aku nampak. Dengan keadaan minyak yang tinggal nyawa2 ikan, perjalanan terlalu perlahan. Banjir dibeberapa tempat sepanjang jalan Tebrau-Kota Tinggi & beberapa kali hampir2 berlaku kemalangan.

Aku tak putus2 baca ayat Qursi sebab bimbang sangat. Aku sempat call mak, kalau hujan mekin lebat sepanjang jalan, aku balik Kota esok je. Sampai kat Tiram hujan reda & aku teruskan perjalanan. Laporan trafik dalam Era kata berlaku banjir kilat. Nasib baik aku dah lepas ke Tiram.

Tak ada yang menarik sepanjang jalan kecuali bila dah tinggal 7km je lagi nak sampai rumah. Aku sedar itu memang kawasan yang selalu berlaku kemalangan jadi aku akan berhati2. Kiri kanan jalan tu memang gaung yang dalamnya lebih kurang 3 meter. Tapi dalam keadaan jalan yang lengang, aku cuba memotong sebuah Viva hitam di depan.

Allah hu Akbar.. Sebaik kancil aku masuk ke lorong kanan, baru aku sedar bahu jalan sebelah kanan tu bergelombang, maka stereng aku terus menghala ke gaung. Aku cuba paut stereng tu ke kiri, malangnya Viva hitam berada disebelah kancil aku. Aku tarik semula ke kanan & kancil aku terhuyung hayang. Bimbang tayar aku turun ke bahu jalan, aku tarik balik ke kiri sebab kalau jatuh je tayar aku ke bahu jalan tu, confirm aku terus menuju ke gaung.

Allah Maha Besar. Kancil aku terus terhuyung hayang dalam jarak lebih kurang 3km dan aku sedaya upaya mengawal kancil tu daripada kemalangan. Viva & Waja kat belakang aku dah berhenti tengok keadaan aku masa tu. Alhamdulillah, berkat doa orang2 yang mendoakan aku, aku selamat. Aku yakin, berkat doa tu yang menyelamatkan aku.

Dalam keadaan biasa, aku rasa mustahil aku tak kemalangan sebab situasi masa tu memang betul2 mencemaskan aku. Syukur, Allah selamatkan aku berkat doa korang yang mendoakan aku. Aku yakin, itu la keajaiban doa.

Al-Fatihah: Achik Spin

Bismillahhirrohmannirrohim

Sabtu lepas aku terpaksa balik awal ke desa Tebrau memandangkan Aim ada kat JB. So pukul 4 petang tu aku dah ada kat rumah. Ntah mungkin kebetulan, memang Afiq bukak TV2 & masa tu aku tengok Achik & Nana tengah diwawancara. Aku tengok dia happy macam biasa. Selain tergerak yang Achik dah lama tak muncul kat TV, aku tak teruskan tengok rancangan tu sebab aku kena keluar.

Cerita tu habis kat situ tanpa ada apa2 yang menarik. Suddently, malam masa aku tengah study nota fotografi, Dj Hafiz bagi mesej tentang kemalangan yang menimpa Achik & kabarnya Achik dah meninggal dunia petang tu jugak ditempat kemalangan.

Aku macam tak caya. Aku mesej kawan2 & bila Kay confirmkan dengan Zila, kawan adik Achik, sah la berita tu. Aku takde apa2 kenangan dengan Achik selain sekali berkesempatan berborak dengan dia masa buat fotoshoot dengan artis2 Karyawan. Tapi pemergian Achik merupakan satu kehilangan pada industri.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Abdillah Murad Md Shari @ Achik.

Al-Fatihah

Friday, April 16, 2010

iCon Dah Ada Produk?

BismillahhirrohmannirrohimYe, dibawah iCon Biz, iCon telah membawa masuk 1 produk yang dikenali dengan nama Aurora. Aurora merupakan jus kesihatan dan kecantikan untuk wanita. Itu bahasa bisnes.
Aku lagi senang guna bahasa biasa. Jus ni untuk mengetat & merapatkan. Minum 10ml pagi & 10ml malam, insyaAllah kalau yang dah kawin tu, suami senyum sepanjang hari. Bagi yang bujang, jus ni untuk jaga dalaman korang. Kalau korang nak adik lagi, rekemen mak korang minum.
Untuk pengetahuan korang, jus ni ada 5 kotak je kat Johor. 5 Kotak je tau, kat Johor tau..bukan kat JB. Seluruh Johor, ada 5 Kotak je. Maknanya, iCon adalah pengedar tunggal negeri Johor setakat ni. So, kalau korang optimis, korang akan dapat lebih dari apa yang aku tulis kat sini.
Hubungi aku 0127597151.

Jamu Mak Dara

BismillahhirrohmannirrohimKorang, antara peristiwa kelakar dalam hidup aku ialah, iCon dijemput menyertai Bengkel Cantik & Sihat Bersama Jamu Mak Dara. Seperti biasa aku cuba memberi sokongan sebaik mungkin & aku jemput iConians untuk turut serta.Pada hari tu, yang join cuma aku, Baha, Bad & Zairul. 4 orang lelaki dikalangan beratus orang wanita. Ye, HANYA 4 orang lelaki. Hahaha..

Aku pun sebenarnya tak faham, mana orang pompuan dalam iCon ni? Mana komitmen iConians? Ini projek orang, kalau projek sendiri, tak tau la aku nak cakap camne kalau yang turun cuma banyak ni. Aku mintak maaf awal2 la kalau korang tertinggal banyak bende sebab yang tak nak, tak boleh & tak minat adalah korang sendiri.

Malu sey, dah la kitorang jadi spesis yang dilindungi dalam bengkel tu, ye la, 4 orang lelaki dikalangan ratusan wanita, mesti la jadi perhatian, kan.. Dorang lak bercerita hal luar dalam orang pompuan. Luar boleh tahan lagi la, ni yang dalam ni. Bila dorang nak cite detail sket, kitorang kena keluar..aduyai, malunya..hahahaha

So untuk korang, sekurang2nya kitorang 4 orang lelaki ni bertambah sedikit ilmu sebab kitorang datang bengkel tu. Yang tak datang, hehe..

Lepas ni iCon akan buat lebih banyak lagi kerjasama & projek sendiri. Siapa taknak aku tak paksa.

Selamat Hari Jumaat

Bismillahhirrohmannirrohim

Korang, kawan aku yang semalam tu datang jumpa aku & mengadu nasib dia. Rupa2nya dia masih lagi sedih & hilang semangat. Aku cakap kat dia, kalau kena kat Anang, dapat gak dia kuarkan lagu Separuh Jiwaku Pergi.. Hahaha

Korang, pengalaman aku kena tikam dari belakang dengan orang yang paling aku percaya ni banyak gak la. Tapi bila dah lama sikit, baru aku tau, Allah hantar ujian tu kat aku untuk aku lebih hati2, lebih faham & dia gantikan semula dengan sesuatu yang lebih baik.

Pernah tak korang lalui satu situasi yang korang rasa sangat2 sakit & pedih untuk korang tempuh, tapi korang terpaksa jugak lalui. Tak lama lepas tu, atau lama sikit, terbit dari mulut korang, nasib baik la mende tu berlaku. Kalau tak, tak tau la apa jadi kat korang.

Itu la yang orang kata ada hikmah disebaliknya. Contohnya, aku kena langgar & masuk hospital. Aku sakit & derita nak menghadapi kesakitan tu, tapi rupa2nya kat hospital tu Allah tetapkan ada jodoh aku dengan jururawat yang gile tomei.. Kalau aku tak kena langgar, aku tak masuk hospital & tak jumpa la aku dengan jururawat tomei tu, ye tak.

Tapi lebih baik la aku jumpa jururawat tu masa melawat kawan aku yang masuk hospital sebab kena langgar dari aku yang kena langgar kan..hahahaha..Itulah, ketentuan Allah siapa yang boleh duga atau tentukan?

Kawan, aku masukkan cite ko kat blog aku ni supaya kawan2 lain baca & komen & bagi pandangan. Tapi maafkan aku, takde sorang pun yang bagi pandangan untuk setelkan masalah ko ni. So nasihat aku, sabar la ek, sebab tak ramai yang nak merasa susah bersama2.

p/s: Jebat, aku ingat nak amek cuti la..nak balik kampung. Sebab kat situ ada orang yang sayang aku sepanjang hayat & tak pernah khianati aku. Tapi aku yang selalu khianati dia. Aku buat dosa dibelakang dia.. Aku ingat nak balik kampung jumpa dia..

Doa: Ya Allah, dihari Jumaat yang mulia ni, Kau kurniakanlah kami kesabaran & kekuatan menghadapi ujian dan cubaanMu. Lupakanlah kawan aku ni kepada kesakitan dikhianati orang yang dia sayang dan Kau tunjukkanlah kepadanya hikmahnya.

Thursday, April 15, 2010

Apa Nak Jawab?

Bismillahhirrohmannirrohim

Korang, kawan aku tanya. Apa nak buat bila:
1. Orang yang paling ko percaya mengkhianati ko?
2. Orang yang paling ko sayang melukakan hati ko?
3. Orang yang paling ko harapkan menikam ko dari belakang?
4. Orang yang paling dekat dengan ko tinggalkan ko camtu je?

Aku tanya otak aku dia jawab:
Ko buat tak tau je.

Aku tanya hati aku dia jawab:
Ko doa Allah bagi kebaikan pada dia.

Aku tanya kawan aku smula apa dia nak buat, dia jawab:
Aku nak santau dia.

Korang, patut la Jibrai pernah pesan pada Rasulullah:
"Ko sayanglah seseorang itu sekuat mana ko nak sayang, tapi dia akan tetap meninggalkan ko."

So, just terima je la hakikat tu kn.. (kawan, sori aku letak cite ko kat sini. mudah2an ko kuat)

p/s: ..tapi tak semudah tu la Jebat..aku dah lemah sangat2. Aku rasa jiwa aku kosong.

Doa: Ya Allah, Kau jadikanlah jiwaku mencintaiMu sepenuhnya sehingga cinta kepada manusia hanya seperti debu. Mudah2an kasihku kepadaMu melebihi segala2nya. Amin..

Facebook

Bismillahhirrohmannirrohim

Ramai yang tanya aku ada facebook (fb) tak. Adoyai, terus terang memang aku ada. Aku guna nama Pengasas iCon, tapi yang jadi masalahnya ialah:
1. Aku slow sikit sebab aku baru blaja guna fb ni.
2. Server opis aku bermasalah sejak 3 bulan yang lalu.
3. Aku tak banyak masa nak manage. Manager aku study lg la..hahaha

Korang bayangkan la, hari ni hari ke 4 aku usaha nak tukar gambar baru, tak boleh2..aduyai.. Jadi aku harap korang faham, aku dalam proses peralihan. Aku dapat main fb ni pun sebab myspace aku bermasalah, nak bukak dah tak boleh..hahaha

So, korang yang nak ajar aku guna fb tu, add aku, Pengasas iCon. T ajar aku guna ek..hoho

Monday, April 12, 2010

Pertandingan Lagi

BismillahhirrohmannirrohimPertandingan Juara Bintang Karaoke Celcom Diva 2010
Saringan:
18 April 2010 - Diva Giant Extra Taman Suria
25 April 2010 - Diva Seri Alam, Masai
Masa: 11 pagi - 5 petang
* Bawa VCD Karaoke / Minus One
Hubungi:
Muz - 0197277888
Lan - 0137616116
Hadiah:
Wang tunai + Trofi + Sijil
(tempat pertama hingga 10)

So iConians, ni satu lagi peluang korang nak lepas geram. Apa tunggu lagi..hehehe

Rakaman Rentak Juara D'Rough Mixture

BismillahhirrohmannirrohimSebelum apa2, aku nak tunjuk cek dulu. Dua ratus ribu ringgit malaysia dee... Gila kau, saje aku bakar kasi korang hangus. Nak ke tak nak rm200000 ni? Kalau nak, buat betul2, insyaAllah iCon support.Kalau buat main2, berlatih pun main2, korang dapat pegang je la, ye tak.Inilah orang kuat, tulang belakang D'Rough Mixture. Shasha Studio yang bertempat di Kangkar Tebrau merupakan penaja utama D'Rough Mixture. Sesi rakaman yang berjalan lancar. rasa macam kat lokasi penggambaran filem la pulak. All the best D'Rough Mixture.

Bola

Bismillahhirrohmannirrohim 9 April 2010 di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos berlangsung pertandingan persahabatan antara Mahkamah JB dengan Imegresen Pontian. Aku sempat lajugak luangkan masa sikit untuk blaja2 shoot gambar perlawanan bolasepak. Ini lah hasilnya. Kepada pakar, sila komen..Aku tak kisah sangat la pasal keputusan tapi gambar last ni aku paling suka. Ada perasaan dalam gambar tu. Apa pendapat korang?

Kecewa?

Bismillahhirrohmannirrohim

Kecewa..? Hahaha.. Mengarut la..Baik la aku fikir positif dari melayan perasaan marah, kecewa & bengang tu. Tak ke mana pun. Ceritanya, semalam aku panggil semua, SEMUA.. NADI & Pengarah untuk bermesyuarat. Mesyuarat kali ni pun penting juga sebab nak bincangkan banyak perkara yang aku dah tuliskan dalam n3 sebelum ni.

Selain n3 dalam blog, aku hantar juga sms kepada semua NADI & Pengarah. Tak cukup sekali, aku hantar last call supaya takde yang lupa atau pun kalau ada halangan sekali pun mungkin masih sempat lagi untuk dielakkan. Sebelum aku hantar last call tu, haram sorang pun tak respon sms aku tu. Haraaaaam...

Lepas aku hantar sms last call, Lyn sms. Dia tak dapat datang sebab terpaksa ke Muar. Apen, Murni & Sha kata akan datang. Selain tu aku jemput calon2 perlantikan baru dalam bidang masing2. Jef & Roy sms bagi komitmen akan datang. Fahmi call, pun kata akan datang. Alhamdulillah.. Cuma Suhaimi je bagitau tak dapat datang sebab pakcik dia masuk ICU. Jadi aku anggap yang lain yang tak respon tu akan datang la kot. Sangka baik..

Kul 5 petang aku dah keluar dengan Jef. Pukul 6.30 Murni dah on the way. Roy pun sama. Lepas solat maghrib kat Petronas Desa Tebrau, aku & Jef gerak ke Laris. Tak lama Fahmi sampai. Aleph menyusul & Murni sampai dengan 3 orang kawan dia. Roy sampai. Jam dah 8.30 malam, Apen lak sampai. Kul 8.55 malam Sha sms aku, dia sesat. Tapi akhirnya sampai jugak dengan sorang kawan. Tunggu lagi.. 9.30 malam.. Hafiz sms tak dapat datang sebab motor buat hal.

Rasa macam ramai & dah cukup korum tapi aku nak korang kira sama2 dengan aku. Aku, Murni, Aleph, Sha, Apen.. Lagi? Lagi? Sapa lagi? 5 orang je? Hahahahahaha.. Aku nak menangis ke tengok komitmen yang macam hampas ni? Tak respon 1 hal, tak datang lak tuh.. So memang aku kena rasa kecewa ke? Come on.. Tak bijak untuk aku kecewa.

Macam kenduri kawen. Pengantih berhabis ribu2 jugak la nak buat kad jemputan. Bila edar, tak ramai yang respon nak datang. Bila sampai masa, ada gak yang tak boleh datang. So, pengantin kena batalkan majlis ke?

"Sorry. Ko tak datang, ko punya pasal, aku tetap nak kawen..Hahaha"

Jadi, kalau korang NADI & Pengarah yang memang tak maklumkan pada aku dia datang atau tak & kemudian tak datang dengan harapan aku akan kecewa, mintak maaf..aku nak terus kedepan, berjaya dengan orang yang nak berjaya. Korang nak tinggal, silakan tinggal jauh2..hahaha

Jef, Fahmi, Roy, Suhaimi..Welcome to the club..

p/s: Airin tak dapat join meeting sebab dalam tugas, tapi dia still gak datang Laris at least tunjuk muka. Thanks Airin.

p/s: Orang kata n3 aku ni tak jaga hati orang. Aku peduli hape. Hati aku ada orang jaga ke? Wei, jaga hati masing2 la wei..hahaha

p/s: Korang jangan la kecik hati, tapi kalau nak jugak lantak la, hati korang, bukan hati aku. Kan..kan..kan..

Friday, April 9, 2010

Model

Bismillahhirrohmannirrohim

Pesta Pengantin Anjuran NY Models di Kotaraya Aku dah tambah..

Perkembangan Terkini

Bismillahhirrohmannirrohim

Ramai yang tanya apa perkembangan iCon. Alhamdulillah, walaupun mungkin mereka tak dapat ikut aktiviti iCon & tak baca blog, tapi sekurang2nya mereka amek tau & bertanya. Terima kasih pada korang ek. Ni aku nak bagitau serba ringkas perkembangan iCon mudah2an menjadi rujukan kepada korang & mana yang nak amek peluang tu, sila2 kan la.

iCon JV KESUMA~i

KESUMA~i merupakan pergerakan belia yang bergiat aktif menggerakkan teater & antara kelab yang sangat aktif. Aku & Bad dah pergi tempat dorang berlatih & kepada iConians yang berminat untuk bergiat dalam teater & lakonan, boleh ke:

Pejabat Tanah & Daerah Johor Bahru, Larkin
(depan Larkin Sentral)
Setiap Selasa & Jumaat
masa 9-12 malam
hubungi: Puan Fatimah - 0197210714 (bagitau korang iConians)

Terbaru bersama Kesuma~i, iCon menjalin kerjasama untuk Khemah Kerja Teater Belia Johor pada 24-26 Jun 2010 bertempat di UTM Skudai.

iCon JV Profzas

Pengasas Kopi Nanas ini bukan saja seorang usahawan tapi juga seorang coach & mentor dalam motivasi. Beliau sudi berkongsi dengan iCon dalam banyak segi terutamanya dalam membangunkan bisnes iCon dan juga membina jatidiri iConians. Bukan senang kita nak dapat kerjasama sebegini. Jadi aku harap iConians boleh amek segala peluang yang ada.

iCon @ M-Suite Hotel

iCon telah dipelawa untuk menjadi penganjur bersama Program Fitness Day pada 15 Mei 2010 bertempat di M-Suite Hotel. Pada hari tersebut, iCon akan membuka satu booth untuk mempromosikan iCon & produk2 iCon. Pada hari tersebut juga iCon berpeluang membuat persembahan pentas bagi memperkenalkan iCon itu sendiri. Siapa yang berminat untuk terlibat dalam persembahan pentas, sila hubungi Jef 0127952336.

Lensa iCon JV UTM

Limee sampaikan berita gembira pada aku. Alumni UTM bercadang membina sebuah Perkampungan Pengantin dan yang seronoknya, Lensa iCon ditawarkan peluang menjadi panel fotografer tetap kepada 4 syarikat andaman. Mudah2an dipermudahkan segala urusan.

Serentak dengan itu NADI akan bermesyuarat untuk membincangkan strategi untuk mengembangkan sayap kepada warga kampus UTM Skudai.

iCon Event JV iCon Sports

Satu pertandingan futsal melibatkan 80 team akan berlangsung di Sports Prima, bersebelahan Lebuhraya Pasir Gudang. Dijangka berlangsung Mei ini, iCon Event telah bekerjasama dengan iCon Sports di mana saudara Fahmi sebagai Event Manager iConixer Reseorces akan bertindak melaksanakannya.

Team Marketing iCon

Sebuah pasukan pemasaran yang akan merancang strategi dan melaksanakan usaha memasarkan iCon & produk2 iCon kepada masyarakat akan ditubuhkan dibawah Timbalan Presiden iCon. Pasukan ini masih lagi membuka keahlian kepada mereka yang berminat untuk menganggotainya. Kalau korang minat, terus rujuk pada aku 0127597151.

Presiden iCon

Saudara Ais berhasrat meletak jawatan atas sebab komitmen. Ais bimbang tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya memandangkan beliau tinggal di Kulai & baru bertukar tempat kerja. Aku rasa berat hati nak lepaskan Ais sebab Ais antara orang yang lama terlibat dalam iCon & tau selok belok & hala tuju iCon.

Pengarah iCon Sports

Saudara Salleh juga berhasrat melepaskan jawatan selepas ayah beliau meninggal dunia kerana Salleh terpaksa mengambil alih keseluruhan urusan keluarga, perniagaan dan sebagainya. Oleh itu, beliau juga bimbang tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada aktiviti iCon.

D'Rough Mixture

Sebuah band yang dianggotai oleh iConians, telah menempah tempat dalam suku akhir pertandingan Rentak Juara anjuran RTM. Terdahulu, D'Rough Mixture telah menjuarai JB Star Band di Angsana.

Shima Mangga Star Search

Shima telah muncul dalam ABPBH tempohari sebagai penyampai. Setelah menjuarai Bintang Idola Berita Harian, ini merupakan pencapaian terbaru Shima & insyaAllah dalam masa terdekat akan merakamkan single. Ini juga merupakan dorongan kepada iConians yang minat menyanyi, kalau boleh pergi jauh, silakan pergi jauh. iCon tetap menyokong, dengan syarat, jangan lupa diri.

Mumu

Seorang lagi iConians yang paling aktif & paling komited dalam iCon telah dipilih oleh Fly.fm sebagai top5 dalam pertandingan mencari DJ. Sepanjang seminggu Mumu telah on air dan melaksanakan beberapa tugasan. Aku pun tak berkesempatan mendengar celoteh Mumu. Mumu tercalon dalam top3 lepas tu tapi sayangnya Mumu tak terpilih.

Bak kata orang, lain yang diharapkan tapi lain yang dapat. Mungkin rezeki Mumu, beliau dilamar oleh Miss Universe 2004 sebagai PA. Begitu juga producer Fly.fm yang mahukan Mumu sebagai pembantu dia. Apa pun ini merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan oleh iCon. Kalau korang nak tengok video & gambar2 berkaitan, sila pegi kat web Fly.fm & myspace Mumu k. Tahniah Mumu.

Haffez

Seorang fotografer yang sentiasa komited dengan Lensa iCon rupa2nya seorang pemain yoyo yang hebat. Selain pernah muncul dalam MHI, Haffez telah menyertai pertandingan peringkat Asia Pasific di Singapore & Indonesia, cuma sayangnya, sehingga sekarang aku tak dapat apa2 maklumat dari beliau.

Jangan Lupa Lirik

Aleph nyaris2 muncul dalam rancangan popular Jangan Lupa Lirik sebagai pelampung apabila seorang kawan telah terpilih menyertai program tersebut. Jika tidak kerana sedikit masalah teknikal, T-Shirt iCon telah diperagakan dalam rancangan tersebut.

iCon JV Kip Mart

Atas usaha Dj Hafiz, Kip Mart mintak iCon untuk kendalikan sebuah program seperti Talentime. Yang jadi masalah kita sekarang ni, siapa yang nak bagi komitmen menjayakan event ni. Untuk buat event kita perlukan satu pasukan, team yang boleh menggerakkannya. Jadi kalau korang berminat, hubungi Dj Hafiz 0177355824.

iCon Nak Busking

Projek ni idea saudara Ezam. Setakat ni ada 8 buah band pelbagai genre akan menyertai busking di Hutan Bandar Mutiara Rini. Kalau lagi ramai lagi meriah. So mana2 yang berminat nak sertai busking ni, hubungi Ezam 0177776077. Yang lain, jom support.

iCon Seekers

Bakal ditubuhkan, diketuai oleh Roy. Aktiviti menjelajah ke tempat2 yang menyeramkan sekitar Johor Bahru yang menyamai rancangan mistik ni hanya kepada mereka yang berminat dan berani je. Apa, korang ingat model tak boleh join ke? Oleh itu, iCon Seekers akan membuka penyertaan kepada sesiapa saja. Korang boleh tanya kat Roy 0177892627.

iCon ICT

Satu lagi cabang bisnes dan aktiviti iCon untuk mereka yang berminat. Bukan saja belajar membuat web sehingga boleh dijual dengan harga lumayan, iCon ICT akan mendedahkan kepada korang kepada banyak perkara yang kalau korang nak belajar kat luar, korang kena bayar ribu2. InsyaAllah kita ada kepakaran.

Guys, aku tak mampu nak ingat & tulis semua pencapaian iCon. Mana2 yang korang ingat & nak tambah, silakan komen. Aku nak pesan pada iConians semua, kalau korang nak duduk diam & tengok dari jauh, aku tak kisah. Tapi aku amat mengharap supaya korang dapat sama2 naikkan iCon supaya apa yang kita capai dapat jadi milik kita bersama.

Thanks pada korang yang selalu sokong dan doakan iCon. Tonjolkan diri korang, bakat & minat korang supaya korang tak nampak iCon ni tak menyumbang apa2 untuk korang. Sebab kalau korang baca blog ni awal2 aku dah bagitau, jangan tanya apa korang dapat bila join iCon tapi tanya apa yang korang boleh sumbangkan sebab apa yang korang akan dapat tu datang sendiri lepas korang menyumbang. Kalau tak caya, tanya aku..hahaha

Wednesday, April 7, 2010

D'Rough Mixture

BismillahhirrohmannirrohimBaru2 ni, D'Rough Mixture menggunakan nama D'Island untuk bertanding dalam pencarian band JB Star yang berlangsung di Angsana dan amat membanggakan bila seolah2 tidak dapat ditandingi oleh mana2 band. D'Rough Mixture muncul juara.
Aku nak iConians kenal band D'Rough Mixture yang bakal muncul dalam Rentak Juara RTM tak lama lagi sebagai persediaan menyokong band pertama iCon yang pergi sejauh ini. Dengan sokongan dan dokongan Shasha Studio, D'Rough Mixture giat berlatih untuk menempa nama sekali lagi dalam Rentak Juara nanti.
Terdiri dari 6 orang pemuda yang berani mengetengahkan muzik mereka, D'Rough Mixture bakal menjadi satu lagi penggegar industri muzik negara, InsyaAllah.
Dalam n3 akan datang, kalau sempat aku akan kenalkan ahli D'Rough Mixture. Ini juga merupakan cabaran kepada peminat2 muzik & band2 yang ada dalam iCon tapi masih lagi segan2 nak menonjolkan bakat.

InsyaAllah kita akan adakan busking seperti yang diwar2kan oleh ezam dalam masa terdekat ni & harap korang peka dengan info yang akan diberi dari masa ke semasa k.