Friday, April 9, 2010

Perkembangan Terkini

Bismillahhirrohmannirrohim

Ramai yang tanya apa perkembangan iCon. Alhamdulillah, walaupun mungkin mereka tak dapat ikut aktiviti iCon & tak baca blog, tapi sekurang2nya mereka amek tau & bertanya. Terima kasih pada korang ek. Ni aku nak bagitau serba ringkas perkembangan iCon mudah2an menjadi rujukan kepada korang & mana yang nak amek peluang tu, sila2 kan la.

iCon JV KESUMA~i

KESUMA~i merupakan pergerakan belia yang bergiat aktif menggerakkan teater & antara kelab yang sangat aktif. Aku & Bad dah pergi tempat dorang berlatih & kepada iConians yang berminat untuk bergiat dalam teater & lakonan, boleh ke:

Pejabat Tanah & Daerah Johor Bahru, Larkin
(depan Larkin Sentral)
Setiap Selasa & Jumaat
masa 9-12 malam
hubungi: Puan Fatimah - 0197210714 (bagitau korang iConians)

Terbaru bersama Kesuma~i, iCon menjalin kerjasama untuk Khemah Kerja Teater Belia Johor pada 24-26 Jun 2010 bertempat di UTM Skudai.

iCon JV Profzas

Pengasas Kopi Nanas ini bukan saja seorang usahawan tapi juga seorang coach & mentor dalam motivasi. Beliau sudi berkongsi dengan iCon dalam banyak segi terutamanya dalam membangunkan bisnes iCon dan juga membina jatidiri iConians. Bukan senang kita nak dapat kerjasama sebegini. Jadi aku harap iConians boleh amek segala peluang yang ada.

iCon @ M-Suite Hotel

iCon telah dipelawa untuk menjadi penganjur bersama Program Fitness Day pada 15 Mei 2010 bertempat di M-Suite Hotel. Pada hari tersebut, iCon akan membuka satu booth untuk mempromosikan iCon & produk2 iCon. Pada hari tersebut juga iCon berpeluang membuat persembahan pentas bagi memperkenalkan iCon itu sendiri. Siapa yang berminat untuk terlibat dalam persembahan pentas, sila hubungi Jef 0127952336.

Lensa iCon JV UTM

Limee sampaikan berita gembira pada aku. Alumni UTM bercadang membina sebuah Perkampungan Pengantin dan yang seronoknya, Lensa iCon ditawarkan peluang menjadi panel fotografer tetap kepada 4 syarikat andaman. Mudah2an dipermudahkan segala urusan.

Serentak dengan itu NADI akan bermesyuarat untuk membincangkan strategi untuk mengembangkan sayap kepada warga kampus UTM Skudai.

iCon Event JV iCon Sports

Satu pertandingan futsal melibatkan 80 team akan berlangsung di Sports Prima, bersebelahan Lebuhraya Pasir Gudang. Dijangka berlangsung Mei ini, iCon Event telah bekerjasama dengan iCon Sports di mana saudara Fahmi sebagai Event Manager iConixer Reseorces akan bertindak melaksanakannya.

Team Marketing iCon

Sebuah pasukan pemasaran yang akan merancang strategi dan melaksanakan usaha memasarkan iCon & produk2 iCon kepada masyarakat akan ditubuhkan dibawah Timbalan Presiden iCon. Pasukan ini masih lagi membuka keahlian kepada mereka yang berminat untuk menganggotainya. Kalau korang minat, terus rujuk pada aku 0127597151.

Presiden iCon

Saudara Ais berhasrat meletak jawatan atas sebab komitmen. Ais bimbang tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya memandangkan beliau tinggal di Kulai & baru bertukar tempat kerja. Aku rasa berat hati nak lepaskan Ais sebab Ais antara orang yang lama terlibat dalam iCon & tau selok belok & hala tuju iCon.

Pengarah iCon Sports

Saudara Salleh juga berhasrat melepaskan jawatan selepas ayah beliau meninggal dunia kerana Salleh terpaksa mengambil alih keseluruhan urusan keluarga, perniagaan dan sebagainya. Oleh itu, beliau juga bimbang tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada aktiviti iCon.

D'Rough Mixture

Sebuah band yang dianggotai oleh iConians, telah menempah tempat dalam suku akhir pertandingan Rentak Juara anjuran RTM. Terdahulu, D'Rough Mixture telah menjuarai JB Star Band di Angsana.

Shima Mangga Star Search

Shima telah muncul dalam ABPBH tempohari sebagai penyampai. Setelah menjuarai Bintang Idola Berita Harian, ini merupakan pencapaian terbaru Shima & insyaAllah dalam masa terdekat akan merakamkan single. Ini juga merupakan dorongan kepada iConians yang minat menyanyi, kalau boleh pergi jauh, silakan pergi jauh. iCon tetap menyokong, dengan syarat, jangan lupa diri.

Mumu

Seorang lagi iConians yang paling aktif & paling komited dalam iCon telah dipilih oleh Fly.fm sebagai top5 dalam pertandingan mencari DJ. Sepanjang seminggu Mumu telah on air dan melaksanakan beberapa tugasan. Aku pun tak berkesempatan mendengar celoteh Mumu. Mumu tercalon dalam top3 lepas tu tapi sayangnya Mumu tak terpilih.

Bak kata orang, lain yang diharapkan tapi lain yang dapat. Mungkin rezeki Mumu, beliau dilamar oleh Miss Universe 2004 sebagai PA. Begitu juga producer Fly.fm yang mahukan Mumu sebagai pembantu dia. Apa pun ini merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan oleh iCon. Kalau korang nak tengok video & gambar2 berkaitan, sila pegi kat web Fly.fm & myspace Mumu k. Tahniah Mumu.

Haffez

Seorang fotografer yang sentiasa komited dengan Lensa iCon rupa2nya seorang pemain yoyo yang hebat. Selain pernah muncul dalam MHI, Haffez telah menyertai pertandingan peringkat Asia Pasific di Singapore & Indonesia, cuma sayangnya, sehingga sekarang aku tak dapat apa2 maklumat dari beliau.

Jangan Lupa Lirik

Aleph nyaris2 muncul dalam rancangan popular Jangan Lupa Lirik sebagai pelampung apabila seorang kawan telah terpilih menyertai program tersebut. Jika tidak kerana sedikit masalah teknikal, T-Shirt iCon telah diperagakan dalam rancangan tersebut.

iCon JV Kip Mart

Atas usaha Dj Hafiz, Kip Mart mintak iCon untuk kendalikan sebuah program seperti Talentime. Yang jadi masalah kita sekarang ni, siapa yang nak bagi komitmen menjayakan event ni. Untuk buat event kita perlukan satu pasukan, team yang boleh menggerakkannya. Jadi kalau korang berminat, hubungi Dj Hafiz 0177355824.

iCon Nak Busking

Projek ni idea saudara Ezam. Setakat ni ada 8 buah band pelbagai genre akan menyertai busking di Hutan Bandar Mutiara Rini. Kalau lagi ramai lagi meriah. So mana2 yang berminat nak sertai busking ni, hubungi Ezam 0177776077. Yang lain, jom support.

iCon Seekers

Bakal ditubuhkan, diketuai oleh Roy. Aktiviti menjelajah ke tempat2 yang menyeramkan sekitar Johor Bahru yang menyamai rancangan mistik ni hanya kepada mereka yang berminat dan berani je. Apa, korang ingat model tak boleh join ke? Oleh itu, iCon Seekers akan membuka penyertaan kepada sesiapa saja. Korang boleh tanya kat Roy 0177892627.

iCon ICT

Satu lagi cabang bisnes dan aktiviti iCon untuk mereka yang berminat. Bukan saja belajar membuat web sehingga boleh dijual dengan harga lumayan, iCon ICT akan mendedahkan kepada korang kepada banyak perkara yang kalau korang nak belajar kat luar, korang kena bayar ribu2. InsyaAllah kita ada kepakaran.

Guys, aku tak mampu nak ingat & tulis semua pencapaian iCon. Mana2 yang korang ingat & nak tambah, silakan komen. Aku nak pesan pada iConians semua, kalau korang nak duduk diam & tengok dari jauh, aku tak kisah. Tapi aku amat mengharap supaya korang dapat sama2 naikkan iCon supaya apa yang kita capai dapat jadi milik kita bersama.

Thanks pada korang yang selalu sokong dan doakan iCon. Tonjolkan diri korang, bakat & minat korang supaya korang tak nampak iCon ni tak menyumbang apa2 untuk korang. Sebab kalau korang baca blog ni awal2 aku dah bagitau, jangan tanya apa korang dapat bila join iCon tapi tanya apa yang korang boleh sumbangkan sebab apa yang korang akan dapat tu datang sendiri lepas korang menyumbang. Kalau tak caya, tanya aku..hahaha

No comments: