Wednesday, April 28, 2010

Karnival Proton

BismillahhirrohmannirrohimAlhamdulillah, aku nampak sekarang ni tak putus2 aktiviti iCon. Ada je tiap2 minggu dan dah ramai yang mula kembali memeriahkan aktiviti2 tersebut. Kitorang selalu berkumpul kat Cafe Laris. Perjumpaan terbaru hari tu kira mencatat rekod la bila 5 buah meja terpaksa disambungkan.

Ini semangat yang lama hilang dalam iCon. Kini semangat tu dah kembali sikit demi sikit. Yang datang bukan je dari JB tapi dari Pontian, dari Kota & Pasir Gudang. Padahal bukan la aktiviti rasmi iCon, just mesyuarat untuk projek Fitness Day kat M Suites Hotel 15 Mei nanti.

Karnival Proton

Eh, panjangnya muqaddimah. Aku nak cerita pasal semalam ni. Berita baik untuk iCon. Dalam projek Karnival Proton yang dianjurkan oleh Proton Malaysia, iCon dapat peluang untuk mengendalikan pentas sepanjang karnival. Ini bermakna, iCon berpeluang untuk mengetengahkan bakat2 baru dalam iCon samada model, penyanyi, band dan sebagainya. Yang kedua peluang untuk menyebut nama iCon sebanyak2nya kepada pengunjung sepanjang 4 hari program berlangsung.

Satu lagi peluang yang iCon dapat ialah mempromosikan iCon di Karnival tersebut. Dengan keluasan booth 20x20, pelbagai aktiviti telah dirancang semalam. Korang iConians kena la turun beramai2 menyokong usaha memperkenalkan iCon ni. Nak harap sapa lagi, ye tak?

Yang paling best, pada hari Sabtu dimaklumkan keberangkatan YM Tengku Mahkota Johor merasmikan program ini. Sudah pasti la Tengku Makhota akan melawat ke booth2 & ini bermakna baginda akan melawat booth iCon juga. Ambil la kesempatan tersebut. Kita ada model, kita ada bakat2 baru, kita ada fotografer. Siapa tau salah sorang dari fotografer kita boleh jadi fotografer rasmi Istana?

Di atas pentas, kita akan adakan pertunjukan fesyen, persembahan group busking, penyanyi iCon, perncarian bakat kanak2 dan sebagainya. Di booth iCon pula, kita akan membuka pendaftaran keahlian, promosi mengambil & membuat gambar poster, aktiviti interaktif, jualan barangan iCon dan sebagainya.

Jadi iCon perlukan korang untuk turut serta memeriahkan booth iCon & pentas karnival tu. Ajak kawan ramai2 k. Kang masuk TV spa yang galmour? hehehe

p/s: Penghargaan kepada saudara Jef yang mencari dan mendapat peluang sebesar ni. Ini la yang aku harapkan dari iConians semua.

Perhimpunan iConians Johor
Tarikh: 2 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Auditorium Tasik Merdeka, (Payung Besar)
Masa: 3.30 Petang
iConcept: Merah, Hitam, Putih (Kalau ada baju iCon, pakai baju iCon)

No comments: