Tuesday, May 4, 2010

Mencari Seorang iCon (siri 3)

Bismillahhirrohmannirrohim

Mula2 aku dapat ilham untuk mengasaskan iCon, visi aku adalah supaya iCon melahirkan satu generasi yang mampu menjadi idola dan ikutan kepada masyarakat dari pelbagai sudut positif, mempunyai identiti masyarakat timur, berakhlak yang terpelihara dan moral yang tinggi, mampu berdiri di atas identitinya dan mampu membawa gelombang baru dalam menghadapi situasi & cabaran semasa. Fuh..

Bagi mencapai visi tersebut, aku wujudkan hampir semua cabang yang dekat dengan remaja dan generasi baru seperti bidang hiburan, perniagaan, kecintaan kepada alam sekitar, kepada masyarakat, malah cabang2 ini diatur berkaitan antara satu sama lain. Hanya cuma, selepas setahun setengah iCon lahir, belum ada yang betul2 mampu menggerakkan misi ini.

Au selalu kata, iCon dah 20 tahun kehadapan dari segi perangcangannya. Bukan sekadar berkata, tapi aku cuba terapkan perkara ini ke dalam minda setiap iConians. Korang nak tengok tak remaja dalam lingkungan umur 20an bawak BMW dan BMW itu adalah hasil titik peluhnya sendiri! Aku juga nak tengok golongan artis, model, pemuzik yang berada di atas pentas, dalam TV, dalam majalah, atas billboard membawa imej & identiti iCon.

Bila orang tengok je orang dah tau, owh, ini budak2 iCon. Bila mak bapak nak anak dia jadi artis, model, fotografer, designer, dorang akan suruh sertai iCon. Aku melihat 20 tahun akan datang diwarnai dengan golongan ini. Ada iCon City, ada Akademi iCon, Universiti iCon, ada iCon Cafe merata2 tempat, ada iCon Air - macam Air Asia tu.. Korang rasa mustahil tak benda ni jadi kenyataan?

Aku kata tak mustahil. Orang kata aku berangan. Aku kata.. Hahaha.. Setiap benda jadi dengan angan2. Manusia berangan nak terbang, maka terciptalah kapal terbang. Donald Trump berangan nak jadi kaya, sekarang dia bukan saja kaya tapi kaya raya gila2.. So, aku kena berhenti berangan kerana ikot cakap orang?

bersambung..

3 comments:

kip said...

haku tringin gak nk jadi ikon.. tapi smua kategori yg baik2 takda padaku.. *sigh

Djebat said...

kip: ha, kne baca balik & fahamkan betul2. kne faham konsep from zero 2 hero.
Kalau kita xde kebaikan sekali pun, jdkan iCon landasan utk memupuk & membina kebaikan tersebut.
iCon kan platform..

jepp jojo said...

betul ape yg di katakan oleh kanda ku....impian tidak akan jadi kenyataan jika tiada angan angan..yg selebihnya kene usaha dan mudah mudahan di makbulkan oleh ALLAH swt.....amin ya rabal alamin..dinda akan sentiasa membantu kanda :)