Wednesday, September 30, 2009

Pak Ngah kata..

Bismillahhirrohmannirrohim

Petang tu aku duduk bersila depan pak ngah. Kepalaku tunduk memandang lantai & tangan menggentel kaki seluar. Dalam hati takde rasa apa2 pun & tiba2 pak ngan bersuara.

"Pak ngah dulu long, girlfriend ada 10." Aku angkat muka memandang pak ngah. Orang tua ni jarang serius. Itu nak mengata aku la tu. Sebelumnya dia dah menggesa aku kawin lagi. Hehehee

"Ibarat kita pegang tali la..Di hujung kita, kita pegang banyak2 & kuat2. Sebelah hujung dia tu, bagi dia pegang sikit2 je, jurai2 dia je." pak ngah menyambung.

"Kenapa pak ngah?"

"Kalau kita nak tarik balik tali tu, senang & dia pun tak rasa sangat."

Aku faham maksud pak ngah. Betul tekaan aku awal2 tadi. Aku capai kerepek ubi atas meja & sambil mulut ku mengunyah, otak aku berjalan mundar mandir. Nak kawin lagi sekali? Bukan aku tak nak. Bukan aku fobia. Bila tengok orang dukung anak kecik, hati aku melompat2 nak kawin..hahahahahaa

Tapi sebelum aku kawin lagi, aku kena laksanakan misi utama aku. Kalau dulu aku bercerai kerana darjat, maka kali ini aku takkan menoleh kebelakang lagi. Matlamat untuk kaya tahun 2009 ni makin menampakkan jalan. Tak jadi jutawan pun takpe, tapi aku nak kaya.

Aku nak jadi orang berdarjat bukan kerana dendam. Sebaliknya, kerana darjat yang menyebabkan perpisahan aku dulu la aku menjadi manusia yang berazam, bekerja keras & sebab itu, aku berterima kasih kepada wanita yang pernah singgah menjadi suri hidup aku satu ketika dulu.

"Eh, pak ngah balik dulu la.." aku baru perasan pak ngah dah bangun dari duduknya. Kami berjalan ke pintu. Sebaik sampai kemuka pintu, kami terdengar suara halus memberi salam.

Aku terpandang dia yang datang bersama anak2 kecilnya..

p/s: semua ni berlaku pada hari ketiga raya.

1 comment:

Kasih Alyza said...

kalo dh ada calon dan smp seru, xyah la tgg lama2 k dear... benda2 yg baik cam nie mmg menuntut tahap pengorbanan yg paling tinggi...

insya Allah setiap kelukaan tu pasti dibalas gan kebahgiaan... Amin...