Friday, January 1, 2010

iCon 2010

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku mengimpikan:

iCon yang lebih aktif & agresif
iCon yang lebih berwibawa
iCon yang membudaya dalam masyarakat
iCon yang lebih dikenali

Aku juga mengimpikan:

iConians yang lebih menjiwai iCon
iConians yang lebih setia & komited
iConians yang lebih berdisiplin
iConians yang lebih tahan lasak

Kerana aku mengimpikan:

Agensi iCon Model
Studio iCon Foto
iCon House of Design
iCon Cafe
iCon Production

Semuanya untuk korang rebut..

2 comments:

Anonymous said...

Sesi ujibakat bagi mencari juara baru akan diadakan di tempat-tempat berikut:

1. Kuala Lumpur - Stadium Nasional Bukit Jalil (9 & 10 Jan 2010)
2. Johor - The Zon, Johor Bahru (16 & 17 Jan 2010)
3. Pulau Pinang - Redbox Gurney, Plaza Gurney (16 & 17 Jan 2010)
4. Sabah - Hotel Promenade, Kota Kinabalu (22 – 24 Jan 2010)
5. Sarawak - Hotel Merdeka Palace, Kuching (23 & 24 Jan 2010)

Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan. Mereka yang berminat perlu berumur di antara 18 – 45 tahun (pada 9 Janauari 2010) dan membawa salinan kad pengenalan serta dua keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang) serta menyanyi secara acapella lagu-lagu pilihan seperti berikut:

Lagu-lagu pilihan untuk peserta wanita:

1. Gagap – Stacy (Pop)
2. Jika Kau Ubah Fikiran – Mila (Rock)
3. Tak Mungkin Kerana Sayang – Alyah ( Ballad)
4. Dan Sebenarnya – Yuna (Ballad)
5. Di Taman Teman – Siti Nurhaliza (Irama Malaysia)
6. When You’re Gone – Avril Lavigne (Rock)

Lagu-lagu pilihan untuk peserta lelaki:

1. Situasi – Bunkface (Pop)
2. Hujan – Sudirman (Ballad)
3. Ada Untukmu – Nubhan (Ballad)
4. Berdendang Dalam Tangisan – Jamal Abdillah (Irama Malaysia)
5. Fikirlah – Aizat (Pop)
6. I’m Yours – Jason Mraz (Ballad)

Di peringkat ujibakat, para peserta harus melepasi tiga pusingan saringan sebelum disenarai pendek. Juri-juri yang akan bergilir-gilir terlibat semasa sesi ujibakat ini ialah mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing seperti Lah VE, Deja Moss, Fairus Hussin dan guru vokal yang berpengalaman dalam membentuk pelajar AF iaitu Syafizawati Shariff atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi. Dua orang pakar motivasi juga telah dijemput bagi membantu pihak produksi untuk mengenali perwatakan pelajar. Mereka ialah Ahmad Fadzli Yaakob atau lebih popular dengan nama Dr Fazley di kalangan para pelajar AF4 serta Azahari bin Othman yang lebih dikenali sebagai Dr. Luv di kalangan para pelajar AF5.

Sebuah persembahan pentas istimewa akan diadakan untuk menghangatkan lagi sesi ujibakat di negeri Johor pada 16 & 17 Januari 2010. Artis-artis yang akan terlibat dalam persembahan ini ialah seperti Mawi, Hafiz, Aishah, Yazid dan Isma. Sila layari laman web rasmi www.astro.com.my/akademifantasia untuk maklumat lanjut.

Para peserta digalakkan untuk membuat pra-pendaftaran di laman web yang tertera bagi mendapatkan keistimewaan `laluan pantas’ semasa pendaftaran pada hari ujibakat.

Kasih Alyza said...

insya Allah dear... selagi ada u sbg pembakar semangat kami sumer, kami ttp akan berusaha bersama2 tanpa menoleh ke blakang lg ;)