Wednesday, November 12, 2008

Kay - Setahun dulu

Malam tu Kay keluarkan keratan2 akhbar & majalah yang ada gambar & cerita dia. Baru 2, emm..bukan ke yang 100 bermula dari 1, 1000 pun bermula dengan 1 dulu. Kay dah ada 2 keratan, aku taku pasni dah tak larat dia nak kerat dah. Aku kena cuba usahakan promosi single Kay hingga dia dapat meletakkan diri sebaris dengan nama2 besar dalam industri.
Aku tak tau dari mana Kay bermula. Aku kenal dia sebagai salah seorang anggota First Edition, ketika itu bersama2 Hafiz, KA & Jijoe. Aku tau dorang lahir dari Gangstarz musim pertama. Masa tu keluar dalam majalah story dorang sebagai pelopor genre JPop.
Keluar dari First Edition, Kay berhasrat bergerak solo. Ketika itu aku sedang mempromosikan Group MEA, sekarang dikenali dengan nama Soultan. Aku pertemukan Kay dengan Soultan di ujibakat Gangstarz musim baru. Dari situlah bermula penglibatan Kay dengan Soultan bila mereka menawarkan Kay untuk bersama group itu. Mulanya aku agak keberatan kerana lebih suka Kay bergerak solo.
Akhirnya, setelah beberapa kali membuat show bersama Soultan, terdapat ketidak serasian dikalangan mereka & Kay memutuskan untuk menarik diri. Kini Kay solo dan akan keluar dengan single Bisikan Hati, masih lagi mengekalkan konsep Japanese Pop. Doakan kejayaan Kay ek.

No comments: