Tuesday, April 28, 2009

Makluman

Bismillahhirrohmannirrohim

Karnival Ikon Remaja

Dirancang untuk diadakan pada 6 Jun 09 bertempat di sekitar Bukit Bintang. Merupakan showcase dan majlis pelancaran single pertama Kay. Aktiviti yang akan di adakan adalah seperti Kiosk Remaja, siaran langsung dengan Remaja TV3, Pertunjukan Fesyen tajaan Fusion oleh model2 iCon, Persembahan nyanyian oleh beberapa artis remaja.

Perasmian dijangka akan disempurnakan oleh Menteri Belia & Sukan. Karnival ini dalam masa yang sama memberi peluang kepada mereka yang menjadi ahli Kay-iCon Community untuk menunjukkan bakat masing2. Kiosk Remaja juga disediakan untuk pendaftaran iCon.

Natural Foto Kem

Kem yang akan diadakan di Bukit Tinggi selama 3 hari 2 malam melibatkan peserta berumur 17-21 tahun. Kalau untuk kem yang seumpamanya biasanya dikenakan bayaran RM1800, untuk ahli2 iCon hanya dikenakan bayaran sebanyak RM250 sahaja. Berapa jauh bezanya tu. Untuk RM250 tu, peserta akan disediakan makan 6 kali sehari, penginapan, DVD, fail, t-shirt, button, kad keahlian, sijil & goodiebag. Kem ini akan dikendalikan oleh tenaga pengajar profesional & berpengalaman dalam bidang ini.

Taklimat Grooming iCon

Istimewa untuk warga Kay-iCon Community, pada 2-3 Mei, bersempena dengan Gempak Selebriti Astro yang akan di adakan di Plaza Angsana, JB, Kay & Kechik, sifu foto iCon akan turun untuk mengadakan taklimat Grooming iCon. Ini bertujuan untuk menyediakan warga iCon dengan maklumat yang diperlukan berkaitan dengan Karnival Ikon Remaja. Semua warga Kay-iCon Community dijemput hadir pada:

Tarikh : 2 Mei 2009
Masa : 10 pagi
Tempat: Plaza Angsana, JB. (nanti dah sampai roger2 la ek..)

K, apa2 info terkini aku akan update untuk korang later k. Sibuk ni..hehehe

2 comments:

adamLUBA said...

wow!
sungguh menarrriiiiikkkk!!!

syud said...

na join ! HAHHAHAHHA