Friday, March 30, 2012

Solat

Bismillahhirrohmannirrohim


Bila dah jadi kebiasaan, dalam keadaan apa pun solat pasti didirikan. Suasana ini bukan di luar negara tetapi berhampiran Menara Maybank ketika perhimpunan Bersih berlangsung. Pemuda-pemuda ini merupakan antara mereka yang ditahan dan tangan mereka diikat, namun apabila sampai waktunya, mereka tetap bersolat. 


Adakah patut kita dalam keadaan sihat, bebas dan waras masih mencuaikan solat? Tepuk dada, tanya iman.

Prihatin

Bismillahhirrohmanirrohim
Namanya Norma, orangnya cantik manis. Ini gambar perkahwinannyalebih setahun lalu. Dari gambarnya kita tahu dia gembira. Lebih gembira bila dikhabarkan dia bakal menjadi ibu.
Namun dugaan Allah datang. Kebahagiaan Norma mendapat zuriat pertama, Rafiq, disusuli dengan berita dia menghidap BARAH OTAK PERINGKAT KEEMPAT.
 Norma masih dalam pantang dan langsung tidak dapat berjumpa Rafiq, memeluk Rafiq dan tidur bersama Rafiq. Lebih menyayat hati apabila Norma tidak mampu menyusukan Rafiq kerana penyakitnya. Dia telah dibedah sebanyak 5 kali sejak Mac 2011. Norma juga perlu diberi suntikan berharga RM10,000 satu suntikan. 
 Sayu hati kita melihat Rafiq. Bagaimana bayi ini melalui siang dan malamnya tanpa seorang ibu? Bagaimana kalau dia menangis? Lapar? Mahu dipeluk? Mahu diusap?
Saya tidak menagih simpati anda untuk menyumbangkan sesuatu tapi saya seperti blogger lain juga amat berterima kasih jika entry ini dapat membantu Norma sekeluarga walaupun hanya dengan RM10. Sesiapa yang ingin menyumbang, sila bank in sumbangan anda ke dalam akaun CIMB: 01070068677528 - Noormawati Mohd Rasif.


Nota: Aku pun tak tahu macam mana keadaan Norma sekarang namun aku berdoa, Allah memberikan yang terbaik untuk dia, suaminya & Rafiq..

p/s: iConians, kita akan segera lancarkan projek2 iConcern (Saya Prihatin) insyaAllah.

Wednesday, March 28, 2012

Jauhi Buruk Sangka

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku tidak mampu berkata apa2 bila keadaan menjadi semakin rumit. Apa yang mampu aku buat hanyalah menyampaikan Hadith & Firman-firman Allah. Jika dengan ini juga kita masih tidak sedar, entahlah.. Aku cuma memenuhi tuntutan Allah:

"..dan apabila dua saudaramu berbantah-bantah, kembalilah kepada Al Quran & Sunnah RasulNya, sesungguhnya itu lebih baik bagi kamu & lebih elok pula kesudahannya.."

yang kita dengar dalam setiap kali khutbah Jumaat. Renungilah saudara2ku:

" Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja, sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran." ~ Yunus, 10:36

"Hai orang-orang yang beriman, JAUHILAH kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah DOSA dan JANGANLAH kami mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.." ~Al-Hujuraat, 49:12

"Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: Aku peringatkan kepada kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling BOHONG. Dan jangalah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, keaiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan yang bukan-bukan, janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad dengki, jangan benci-bencian, janganlah membelakangkan saudara seagamamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara." ~ HR Al-Bukhari

"Dari Umar Al Khatab beliau berkata: Janganlah kamu berprasangka buruk dengan kalimah yang keluar dari mulut saudara kamu yang mukmin kecuali yang baik." ~ Tafsir Ibn Kathir, jld 4, ms 271.

Jika Hadith & Al Quran pun tidak mampu membuat kalian berfikir, aku berserah pada Allah..Cuma ingatlah ketika Saidatina Aisyah r.a difitnah, sebulan Rasulullah & umat islam dilanda kemurungan, maka Allah turunkan firmannya:


"Sesungguhnya orang-orang yang membawa datangnya berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu, janganlah kami menyangka berita itu buruk bagi kamu, bahkan ianya baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang diantara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyebarkannya diantara mereka akan beroleh seksa yang berat didunia & akhirat kelak."

Tuesday, March 27, 2012

Hadith

Bismillahhirrohmannirrohim


"Janganlah engkau beramal agar engkau disebut-sebut, sembunyikanlah kebaikanmu sebagaimana engkau menyembunyikan keburukanmu"

(Basyr bin Al Harits)

Bersabarlah..


Bismillahhirrohmannirrohim..

Dan inilah kata hatiku saat ini.. Djebat, sabarlah.. Sabarlah kerana Allah sedang mengujimu

“ …dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas(manfaatnya) daripada kesabaran.”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Perubahan Antara Muka (Interface)

Bismillahhirrohmannirrohim


Perubahan interface ni aku buat supaya mudah untuk korang baca bermula dari catatan pertama hinggalah yang terkini. Memandangkan agak lama blog ni menyepi, bila aku post semula, aku risau korang tak dapat baca kesinambungan post-post lepas. (penting utk korang kenali & fahami sejarah penubuhan iCon & supaya korang kenal siapa dikeliling iCon)
Aku harap korang happy dengan antara muka baru blog ni. Kalau ada sebarang komen, korang bagitau je kat aku camne aku blh baiki lagi penyampaian dan gaya penulisan aku.


Salam

Berbaloi Mengadu Kepada Allah

Bismillahhirrohmannirrohim


Orang sekarang, tak kira la remaja ke, dewasa ke, orang tua sekali pun lebih suka meluahkan masalah, perasaan & emosi dalam fb, tweeter, blog dan sebagainya hingga lupa, Allah lah tempat sebaik2 kita mengadu. Bila kita luahkan di laman sosial, bila nasib kita baik, kita akan dapat penyelesaiannya tapi lebih banyak masalah yang kita tak dapat jangka akan menyususl.


Setiap apa yang Allah turunkan kepada kita dalam bentuk ujian, adalah sesuatu yang mampu kita tanggung & disertakan disebaliknya apa yang orang panggil HIKMAH. Hikmah ini jika dicari, pasti kita akan rasa bersyukur sesuatu ujian itu berlaku. Satu yang aku pegang sampai sekarang:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu (Wahai Muhammad) serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk?
2. dan Kami telah meringankan bebanmu daripadamu.
3. Yang memberati tanggunganmu,
4. dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.
5. Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. dan bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Maka apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu pekerjaan amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau ingini).


Surah Al-Insyirah


Aku yakin, apa juga yang aku hadapi dalam meneruskan impian iConians seluruh negara, surah Al-Insyirah inilah yang akan terus menjadi motivasi & pembakar semangat. Bukan siapa, atau pun sesiapa.

Bosan

Bismillahhirrohmannirrohim


Alangkah baiknya jika aku bisu, tiada kata2 yang akan mengguris rasa sesiapa.
Alangkah baiknya jika aku pekak, aku takkan mendengar caci maki & umpat kata.
Alangkah baiknya aku buta, tiada apa yang aku lihat itu dosa.
Tapi lebih baik aku menjadi manusia yang sempurna kerana ini anugerah daruNya..

Lebih Baik Menjadi Burung

Bismillahhirrohmannirrohim


Terlalu sukar untuk aku tuliskan apa yang nak aku luahkan. Kalau dapat aku tuliskan pun, ia akan panjang berjela yang korang takkan berminat untuk baca, tapi aku rasa, aku cuba sampaikan juga dalam bentuk yang santai. Aku perlu tulis juga kerana ini sebahagian dari sejarah penubuhan iCon.


Pendirian aku jelas. Aku menubuhkan iCon untuk menyokong segala usaha positif sesiapa sahaja yang nak berjaya dengan bakat dan minat yang dia ada dan menyokong sesiapa sahaja yang nak berkongsi segala ilmu yang dia ada demi mencapai matlamat iCon. Aku tidak akan sesekali menyebelahi mana2 individu atau puak samada salah atau betul. Apa yang aku lakukan hanyalah membetulkan dan meletakkan iCon pada landasannya apabila ia tergelincir.


Bila pendirian ini pun tidak difahami aku rasa amat pelik bagi seorang yang ikhlas berjuang. Trend seorang musuh, akan mencari segala salah silap & pekong musuhnya tak kiralah sekali pun terpaksa memfitnah. Amat sukar mencari seorang musuh yang akan mencungkil kebaikan musuhnya melainkan ada udang disebalik batu atau dalam nada sindiran. Maka permusuhan akan berpanjangan jika tiada keikhlasan dihati untuk berdamai.


Kata2 Imam Shafie langsung tidak diikut. Jika saudaramu ada 1000 keburukan dan hanya 1 kebaikan, pandanglah kebaikan yang satu itu & jika kamu ada 1000 kebaikan dan hanya 1 keburukan, pandanglah keburukanmu yang satu itu.


Bila dua puak bertelagah, aku akan cuba sedaya upaya untuk, pertama, menghentikan pertelagahan itu, kedua, mencari punca permasalahan dan ketiga mencari jalan perdamaian Dengan syarat, kedua2 pihak letak dalam hati mereka INGINKAN DAMAI dengan ikhlas kerana Allah.


Bila langkah pertama berjaya, maka aku mampu mengambil langkah kedua. Namun bila salah satu atau kedua2 pihak tiada niat tersebut, gagallah apa langkah sekali pun. Pada aku, masalahnya sombong & ego menguasai diri & tak pernah ada rasa penyerahan diri kepada Alah. Musuh BUKAN saudara sekali pun aku selalu menasihatkan, bersaudaralah dengan musuh, jangan bermusuh dengan saudara.


Dalam menghadapi dua puak bertelagah, aku sering menjadi mangsa. Kenapa? Aku akan tegur kedua2 pihak, maka kedua2 pihak menuduh aku berpihak pada pihak yang satu lagi. Sudahnya, kedua2nya menyalahkan aku. Pokok pertelingkahan mereka tu pulak adalah benda titik bengik yang langsung tak menguntungkan.


Pendirian aku masih teguh, aku takkan menyebelah mana2 pihak, namun alang2 aku dituduh dan dipersalahkan, aku redha kerana aku sedar, seikhlas mana pun perjuangan seseorang pasti akan diuji. Terserah kemampuannya bertahan dengan ujian yang datang & aku juga sedang diuji. Mudah2an ujian ini mematangkan aku.


Benarlah ketika Saidina Abu Bakar berfikir, alangkah baiknya jika aku menjadi burung, hidup dengan zikir kepada Allah, bila mati menjadi debu. Tiada apa yang akan dipersoalkan, tiada apa yang akan dibangkitkan dihadapan Allah nanti.

Sunday, March 25, 2012

Imaginasi vs Ilmu

Bismillahhirrohmannirrohim


Katanya: Imaginasi lebih penting daripada ilmu. Ilmu terhad kepada apa yang kita tahu dan faham sekarang sementara imaginasi merangkumi keseluruhan apa yang kita akan tahu & akan faham seantero alam.
                                          ~ Albert Einstein (lahir 14 Mac 1879)


Maka itu aku terfikir, mungkin selari dgn apa yang telah disebutkan oleh Rasulullah dalam hadithnya:


"Berfikir seminit lebih baik dari beribadah 1000 tahun" (dalam kisah Saidina Abu Bakar berfikir lebih baik menjadi burung)


Maka itu juga aku menggalakkan iConians menjadi pemikir & ahli fikir, kerana dengan berfikirlah manusia menepati lagi hadith Rasulullah:


"Bahawa kamu akan melihat diakhir zaman itu nanti, besi boleh terbang (kapal terbang) dan besi boleh terapung di atas air (kapal laut)"


p/s: Maaf, hadith2 ini aku kutip dari ingatan aku yang lemah. Pasti ada kesilapan yang aku minta kalian betulkan.


Salam.


Saturday, March 24, 2012

Hasrat 2

Bismillahhirrohmannirrohim


Ketika Rasulullah s.a.w mikraj ke Arsh Allah, baginda diperlihatkan dengan seorang lelaki yang memikul beban, kemudian ditambah lagi bebannya, ditambah lagi & ditambah lagi. Rasulullah bertanya dengan Jibrai a.s siapakah gerangan lelaki tersebut. Jibrai menjelaskan, itulah orang yang ketika didunia memikul amanah dengan memegang jawatan, kemudian dia meminta lagi jawatan, meminta lagi & meminta lagi.


Sesungguhnya ketika menubuhkan iCon dulu, tidak ada langsung dalam hati aku hasrat memegang jawatan presiden yang aku faham amat berat. Berat ditanggung & berat disisi Allah. Kerana itulah juga presiden pertama hingga ketiga iCon bukan aku. & sehingga sekarang pun aku terasa berat memegang jawatan presiden.


Namun kesilapan meletakkan iCon ke tangan yang salah adalah satu kezaliman. Membiarkan orang yang tidak faham & tidak tau hala tuju iCon hanya menyebabkan iCon terjunam ke gaung & tidak mencapat matlamatnya & jika ini berlaku, aku tidak mampu memaafkan diri sendiri.


Setelah iCon diletakkan ke atas landasannya semula, aku rasa perlu dicari seorang yang benar2 faham, tau hala tuju & nampak iCon 17 tahun dihadapan. Maka, aku berhasrat supaya jawatan tersebut dilepaskan & mungkin sekarang adalah masa yang sesuai. Ye, aku berhasrat supaya iCon ini diketuai dan dipimpin oleh seorang pemimpin yang boleh dipimpin.


Presiden samalah kedudukannya dengan imam solat jemaah, boleh memimpin & bila silap, makmum boleh menegur. Bila imam tidak boleh ditegur, makmum wajib "merampas kuasa" kerana tidak mahu makmum disesatkan oleh kesilapan imam.


Tolonglah aku mencari calon presiden iCon yang memenuhi kriteria ini. Aku hampir tidak sanggup lagi memikul beban ini. Aku terasa berat & ingin sangat aku lepaskan.

Ikhlas

Bismillahhirrohmannirrohim


Katakanlah, Dia adalah Allah yang Maha Esa (1)
Allah itu tempat pergantungan. (2)
Dia tidak beranak & tidak diperanakkan (3)
Dan tiada setara denganNya walau seorang pun (4)
                                                               ~ Al Ikhlas


Imam Ghazali menyebut dalam kitabnya "Jawahirul Quran":
Kepentingan Al Quran itu adalah pada 3 dasar utama iaitu makrifat kepada Allah, makrifat pada hari akhirat dan makrifat pada siratul mustaqim. Maka Al Quran mengandungi 1 dari makrifat tersebut iaitu makrifatullah dengan membersihkanNya, mensucikan fikiran terhadapNya dengan mentauhidkanNya.


Jika sifat2 ini kita bawa dalam hidup baru kita akan faham maksud & makna IKHLAS. Teringat aku seorang saudara pernah mentafsirkan untukku tentang IKHLAS, katanya:


"IKHLAS itu ibarat seekor semut yang hitam, di atas batu hitam, di dalam gua waktu malam yang gelap gelita. Kita yang tengok semut tu lak pakai spek hitam"..Hahaha..


Maknanya IKHLAS itu rahsia Allah..apa yang ada dalam lubuk hati seseorang itu tentang keIKHLASannya, hanya Allah yang tahu. Kita tak dapat mentafsirkannya walaupun kita dapat mengagaknya dari perkataan dan tindakan.


Salam.

Friday, March 23, 2012

Lebih Baik Menyalakan Lilin

Bismillahhirrohmannirrohim


Pepatah China ada mengatakan: "Lebih baik menyalakan lilin daripada mengutuk kegelapan."


Menulisnya, menyebutnya memang mudah. Menghayati maksudnya dan melaksanakannya memerlukan latihan hati, jiwa & perasaan. Sesekali bila jiwa kita digoyangkan oleh keteguhan pendirian kita, muka kita akan merah, kepala & telinga kita akan rasa panas tapi kita kena tekan perasaan dan banyakkan zikir.


Bercakap tentang kesetiaan, seperti mana Hadith; Kamu tidak sekali-kali mengaku beriman selagi tidak DIUJI, begitu jugalah halnya cakap2 kita itu. Lafazkan taat setia mungkin ringan, bila diuji baru kita tahu, sejauh mana benarnya kita setia & sanggup bekorban.


Dalam konteks ini, ujian, dugaan itu ibarat kegelapan. Adakah kita akan mengeluh atau berdukacita, merajuk atau mengharap dipujuk dalam menghadapi kegelapan itu? Bagi mereka yang membenarkan jiwanya dirosakkan oleh ujian2 tersebut, mereka akan mula menjauh. Mencari salah, menuduh, mencucuk dan menghasut supaya orang lain berada dalam kegelapan yang ditujuinya. Kerana takut keseorangan dalam gelap, mereka akan pastikan mereka membawa bersama kawan2.


Bagi mereka yang positif, kegelapan satu rahmat, samalah juga ujian itu satu rahmat. Mereka akan menyalakan lilin bagi menerangi kegelapan itu. Mereka bukan saja menerangi diri sendiri, malah cahaya lilin mereka akan juga menerangi rakan2 yang lain.


Begitulah juga halnya, bila iCon diuji, digoyang, digegar, iConians yang setia bukannya lari jauh2 menyelamatkan diri, bahkan berganding bahu, mengeratkan pegangan & merapatkan barisan demi membuktikan kesetiaan itu. Sifat inilah yang ingin kita tanam dalam diri iConians semua, demi memastikan Agenda 2012 berjaya mencapai matlamatnya.


Salam takzim.

Untuk Ayah, Suami, Abang, Adik..

Bismillahhirrohmannirrohim

Semoga kita menjadi semakin baik dengan tegur menegur kerana Allah.

Tauladan - Siri 1

Bismillahhirrohmannirrohim


Jangan pernah berhenti impikan kejayaan. Adakah kita akan mencapai apa yang kita inginkan bila kita berhenti berimpian? Impian adalah desakan atau lonjakan untuk kita mencapai apa yang kita impikan itu. Jom baca apa kata2 CEO-Ceo hebat dunia.


1. Steve Ballmer, CEO, Microsoft (lahir 24 Mac 1956)


"Jadilah orang yang PANTANG undur. Nombor 1, idea2 yang hebat itu penting. Kedua, temukan keghairahan anda & ketiga yang gigih & pantang undur. Microsoft diilhamkan dari 1 idea yang bagus dari Bill Gates & Paul Allen, yang tidak dimiliki oleh orang lain."


Ulasan : Inilah sebabnya aku selalu pesan pada iConians, berfikirlah diluar kebiasaan, fikirkan sesuatu yang orang lain tak fikir & buat sesuatu yangorang lain tak buat selagi ianya POSITIF.


2. Allan Mulally, CEO, Ford (lahir 4 Ogos 1945)


" Berkembang dalam menghadapi kesulitan. Keberuntungan akan menguntungkan mereka yang berani. Brand Ford yang ikonik seperti para kompetitornya, berada dalam kesulitan yang  mengerikan.  Hari ini, gerakan yang berani dan perundingan yang cerdas telah membuat pembuat kereta tidak hanya tetap hidup bahkan menghasilkan keuntungan."


Ulasan : Seperti juga iCon, bila goyang, diuji & menghadapi masalah, tak ramai yang bersedia menjadi barisan hadapan. Yang menjadi barisan hadapan itulah orang yang berani & akhirnya mereka ini yang menjadi antara orang yang paling komited dan kekal lama bersama iCon.


3. Mark Pincus, CEO, Zynga (lahir 13 Februari 1966)


"Sesuatu yang simple boleh menjadi lebih baik. Dalam dunia di mana sesuatu yang lebih besar, lebih cepat & lebih mewah menjadi kalimat kunci yang penting. Zynga membuktikan bahawa masih ada tempat untuk kesenangan yang bersahaja. Game di facebook itu tidak berteknologi tinggi tetapi popularitinya tidak boleh dipertikaikan.


Ulasan : Benar, selain fikir diluar kotak fikiran, kita digalakkan berfikir santai. Pokoknya teruskan berfikir, gunakan otak & pastikan ianya berfungsi. InsyaAllah kita akan sambung lagi..

80000

Bismillahhirrohmannirrohim


Alhamdulillah, blog ini mendapat kunjungan ke 80000 pada jam 7.53 pagi tadi.
Jutaan terima kasih kepada yang terus-terusan menyokong & selamat datang kepada follower baru. Terima kasih daun keladi..


Regards
Jebat

Thursday, March 22, 2012

Siti Nur Fatihah

Bismillahhirrohmannirrohim




Tidakkah sekarang ni kita dipeningkan dengan kerenah anak2 gadis kita sendiri? Mereka sudah tidak boleh ditegur atau dimarah sekalipun atas silap & salah mereka sendiri. Siti Nur Fatihah menyusahkan ibunya hanya kerana dimarah ponteng tuisyen. Ibu yang salah atau dia sendiri?


Banyak lagi kes gadis lari ikot kekasih. Pantun nasi lemak buah bidara bukan baru dalam masyarakat kita. Tapi gadis2 Melayu hari ni dah hilang rasa takut, malu, sanggup menggadai maruah & hilang pertimbangan.


Lebih dari itu, apa yang sangat2 mengecewakan, lelaki2 Melayu sudah hilang taring, tidak mampu mempertahankan gadis Melayu, tidak menjadi pelindung malah mereka sendiri menjadi pegar yang makan padi. Manakan tidak, lihat saje lelaki2 Melayu disekeliling anda, dipijak maruahnya atas dasar sayang, sanggup membawa beg tangan kekasih dikhalayak ramai, sanggup memeluk teddy bear, sanggup disolek..alahai, lelaki begini kah yang akan mempertahankan maruah wanita Bangsa mereka?


Apa yang lebih mengelirukan adalah kenyataan Ketua Polis Negara yang dipetik sebagai berkata:


"Penting saya jelaskan, jangan anggap satu dua kes (yang dilaporkan) dah merosakkan, kita tak selamat, anak kita tak selamat, ini tidak betul," katanya kepada pemberita" 


Sedangkan semalam akhbar melaporkan ribuan kes (saya tak ingat akhbar & jumlah sebenar) dengan ratusan lagi gadis hilang yang masih belum ditemui hingga kini. Mungkin bila anak gadis sendiri hilang, maka kenyataan yang dibuatnya diakhbar ini akan berubah total.



Pernahkah Kita Terfikir

Bismillahhirrohmannirrohim


Pernah tak kita terfikir, sebagai seorang yang BUKAN penulis, apa yang kita tulis mempengaruhi orang lain sehingga mengalirkan airmata, menimbulkan keinsafan, mengubah tingkah laku, mencetuskan pemikiran, menggegarkan sebuah kekuasaan sehingga mampu menjadikan seorang manusia yang "nakal" berubah menjadi "malaikat"..


Beberapa hari kebelakangan ni aku tersentuh membaca beberapa tulisan blogger2 senior, pensyarah2, penulis2 besar dan aku percaya sentuhan tulisan dorang tu telah menjentik hati aku untuk belajar sisi penulisan dorang, bahasanya, jiwa dalam tulisan mereka & "rasa" yang mereka salurkan.


Jika tidak aku pun, aku harap adik2 yang rajin berfacebook mahupun memblogging (betul ke istilah aku ni), tulislah sesuatu yang positif, didik jiwa, tajamkan akal..jangan hanya tulis luahan rasa marah, jiwa kasih & cinta yang membuai2, makian & hinaan..Semoga apa yang kita tulis mampu membawa pahala kepada kita.


Buat iConians semua, projek melahirkan penulis2 berwibawa sentiasa berjalan. Mereka yang ingin bersama2 dan sebelum ni dah menyatakan minat, jangan hentikan hasrat tersebut. Teruslah bersama iCon.


Wassalam

Wednesday, March 21, 2012

Karnival Kerjaya, Perniagaan & Kemahiran (KEPAK 2012)

Bismillahhirrohmannirrohim

iConians diminta bersama-sama dengan Unit Jom Centre untuk memeriahkan program ini. Yang paling membanggakan iConjitsu diberi penghormatan membuat acara pembukaan semasa menyambut kehadiran Menteri Besar Johor selaku perasmi.

iConians dijemput beramai2 hadir bagi mencari peluang dan kesempatan dalam karnival yang akan membawakan lebih dari 100 majikan.

Antara agensi yang terlibat adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Johor Corporation (JCorp) dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Hasrat

Bismillahhirrohmannirrohim

Hajat & hasrat aku yang masih belum lagi tertunai bersama iConians sampai sekarang adalah, beramai2 membawa barang keperluan harian menuju ke rumah2 orang miskin & susah, mengagih2kan kepada mereka, masak & makan bersama mereka sebagaimana yang pernah dibuat oleh iCon Negeri Sembilan, melengkapkan keperluan mereka sehingga mereka dapat merasa lapang.

Sesungguhnya Allah akan melapangkan urusanmu didunia dan akhirat bila kau melapangkan urusan saudara2mu.

Mudah2an aku diberi kesempatan untuk melaksanakan hajat & hasrat ini bersama adik2 iConians.

Hijab

Bismillahhirrohmannirrohim

Seorang lelaki kristian bertanya kepada seorang lelaki Muslim, kenapa wanita muslim menutup seluruh tubuhnya dengan Hijab? Lelaki muslim itu tersenyum sambil mengeluarkan dua biji gula2 dari poketnya. Dia lalu membuka sampul sebiji gula2 dan membiarkan sebiji lagi dalam balutannya. Lalu dia mencampakkan kedua2 gula2 itu ke tanah dan bertanya kepada lelaki kristian itu.

"Gula2 mana yang kamu akan ambil untuk dimakan?"
"Yang bersampul" jawab lelaki kristian itu.
"Begitulah Islam melayan kaum wanitanya"

p/s: petang ni terasa benar kelainannya..pelik.

Renungan

Bismillahhirrohmannirrohim

Umar bin Khatab pernah berkata, “Wahai sekalian manusia, andaikata ada yg menyeru dari langit, ‘wahai sekalian manusia, sesunguhnya kalian semua masuk Syurga kecuali satu orang’ Saya takut satu orang itu adalah saya.”

Jom kita jadikan iktibar.

p/s: sekatan demi sekatan dibuat, terbaru menghalang terus penggunaan facebook walaupun diluar waktu pejabat. Mungkin jika aku menjadi majikan aku juga akan melakukan perkara yang sama. Maklumlah, prestasi kerja yang paling utama.


Akhlak Kita

Bismillahhirrohmannirrohim

Kalau aku nak pos, panjang sangat, jadi aku cuma ambik intipatu tulisan kenangan Dr Fauziah, UIA:

"Kepada semua pelajar saya, ingatlah, apabila kita kembali kepada Allah, yang disebut oleh kawan2 kita, guru2 kita ialah tentang akhlak kita."

Terasa betul aku tersentuh dengan tulisan beliau. Macam mana akhlak aku? Menangiskah dunia bila aku pergi nanti? Atau mereka akan bergembira? Adakah akhlak aku akn disebut2 sebagai tauladan?

Terus terang, aku belum cukup yakin. Belum ada contoh tauladan yang boleh diikuti dari akhlak aku sendiri. Belum. Dan mudah2an aku sentiasa dapat peluang untuk memperbaiki akhlak.

Ya Allah, hiasilah kami dengan akhlak yang cantik.


Tuesday, March 20, 2012

Kita Semakin Gila

Bismillahhirrohmannirrohim

21 Oktober 2000: Norshuhada Burak, 6 – dirogol & dibunuh di Selayang

6 November 2002: Siti Nurliyana Shamimi, 2 - dirogol & dibunuh di Kedah

17 Januari 2004: Nurul Huda Abdul Ghani, 10 - dirogol & dibunuh di Gelang Patah

20 Ogos 2007: Nurin Jazlin Jazimin, 8 - dirogol & dibunuh di Petaling Jaya

9 Januari 2008: Sharlinie Mohd Nashar, 5 – hilang hingga kini di Petaling Jaya

9 Mac 2008: Asmawi Jalaludin, 11 – hilang hingga kini di Lembah Pantai

27 September 2011: Nur Syafiqa Ismail, 11 – dibunuh di Kuala Kangsar

1 Mac 2012 Nurul Nadirah Abdullah, 5 – dibunuh di Seri Alam, Johor

Apa lagi yang kita tunggu? Kita nak tunggu sehingga anak2 kita, adik2 kita pulak mangsanya selepas ni? Aku yakin, kebanyakan rakyat Malaysia dah gila.

1. Tidur siang & berjaga malam (kecuali mereka yang bekerja) - melawan fitrah semulajadi yang Allah sebut dalam Quran, malam itu untuk kamu berehat.

2. Tidak menyebarkan salam sesama saudara - sifat ini menghapuskan perasaan kasih sayang dalam hati nurani dan memusnahkan rasa kemanusiaan.

3. Tidak menjaga tepi kain orang - engkau-engkau, aku-aku..peduli apa aku dengan apa yang nak engkau buat.

4. Sana sini harga barang naik sedangkan pendapatan sentiasa tak cukup - ini menimbulkan tekanan jiwa, perasaan dan menyakitkan otak.

Apa komen korang?

Monday, March 19, 2012

Merbauan Glory Award 2012 (MEGA11)

Bismillahhirrohmannirrohim
Seingat aku, nama Merbauan Glory Award ni diilhamkan ketika zaman aku dalam barisan kepimpinan Jawatankuasa Kolej Pelajar Kolej Tun Hussein Onn, UTM lebih kurang 12 tahun dulu. Tak sangka nama ni masih digunakan oleh junior2 di KTHO sehingga sekarang. Nama tu sendiri dah bawak aku balik 12 tahun kebelakang & bila Shamsul Azli jemput aku join MEGA11, aku sedih sebab aku berada di Putrajaya pada tarikh tersebut.

Segala perancangan milik Allah, nama aku takde dalam senarai kedua Bengkel Protokol di Putrajaya tu, bermakna aku berpeluang join MEGA11. Syukur, aku terus bagitau Shamsul, member lama aku yang sekarang dah jadi Felo KTHO. Akhirnya aku dapat hadir.

17 Mac 2012, jam 6.30 petang aku sampai ke Dewan Sultan Iskandar, meninjau-ninjau persiapan junior2 KTHO sedangkan kawan2 alumni semua berada di stadium baru UTM dalam lawatan keliling kampus. Yang ikot aku untuk majlis MEGA11 ni ialah Amir Akmal, Ra'in & Helmi. Dorang ni aku bawak ada sebab..

Dinner berlangsung penuh meriah. Selain mengambil gambar2 event, Amir, Ra'in & Helmi bertindak sebagai promoter iCon yang mencari bakat2 baru terpendam dikalangan siswa-siswi UTM. Ini peluang ketiga aku membawa masuk iCon dalam acara di UTM, demi mengejar Agenda 2012 untuk menjalin kerjasama iCon-IPTA.

Kami menginap dalam bilik pelajar di L29-103. Mengimbau kenangan lalu, aku selalu ke bilik tu masa aku masih student UTM dulu. Sayu gak rasa hati..Dah 12 tahun rupanya aku tinggalkan KTHO & UTM. Namun bagi Amir, Ra'in & Helmi, itu pengalaman baru dorang menginap di KTHO..hehe

18 Mac 2012, 9 pagi - sarapan bersama felo senior, En Azri Hohad di Restoran Aminah, Sri Pulai. Sessi dialog bersama siswa-siswi KTHO bermula jam 10.30 & ini peluang aku membuka cerita tentang iCon. Yang penting, mesej yang nak disampaikan diterima baik oleh warga KTHO. InsyaAllah, kalau takde aral, KTHO akan menjadi kolej kedua selepas Kolej Tuanku Canselor, yang akan membuka iCon sektor kampus. Semoga berjaya.


Wednesday, March 14, 2012

Shoot Yang Paling Berbaloi

Bismillahhirrohmannirrohim
25-28 November 2011, secara peribadi merupakan shoot yang paling aku rasa puas. 25/11 sepanjang malam, 26/11 bermula 10 pagi -12 malam, 27/11 juga bermula 10 pagi - 12 malam dan 28/11 outdoor shoot dari 11 pagi bergerak dari Langkap menuju ke Gunung Lang, Ipoh, bersambung ke Kallie Castle hinggalah selesai jam 11 malam sampai ke Langkap semula.

Letih, penat, mengantuk semua tu tak terasa langsung & pada aku, gandingan aku, Zai Zay, Abg Zack (make up artis) & Didy merupakan gandingan terbaik setakat ini. Ditambah pulak pengantin yang sangat sporting & ada chemistry menjadikan job kali ini amat berbaloi.

Pengantin: Shukri & Illiana
Fotografer: Lensa iCon (fb/lensa icon, lensaicon.blogspot.com)
Make up: Abg Zack (0126257143), Didy

Sudah Sampaikah Masanya?

Bismillahirrohmannirrohim

Lama..serius lama aku tinggalkan alam blogger ni..Aku sendiri tak pasti akan kembali menulis semula atau tak. Mungkin pengaruh FB yang buat aku tinggalkan blog, tapi niat asal adalah supaya iConians menjadikan FB iCon sebagai medan interaksi, bukan blog ini sebab ini blog peribadi aku dan matlamat itu tercapai.

Mungkin dah sampai masanya kot aku bergiat aktif semula sebagai blogger yang pernah dikatagorikan sebagai blogger sampah. Dulu, masa baru2 menulis dalam blog, iCon belum ditubuhkan. Blog ni adalah penghubung antara sebelum, semasa & selepas penubuhan iCon, malah sebagai penghubung kehidupan aku di Kuala Lumpur dengan Johor Bahru. Tengah2nya adalah blog ini.

Mungkin sudah sampai masanya, InsyaAllah..