Monday, April 13, 2009

Negaraku Malaysia

AZILAH DAN SIRUL DIGANTUNG – ANTARA PERSOALAN
– harakah daily

Berikut adalah beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya mengulas keputusan dua anggota UTK, Azilah dan Sirul yang dihukum gantung sampai mati dalam kes Altantuya Sharibuu iaitu :

1.Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.

2.Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?

3.Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?

4.Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ?

5.Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah ?

-dipetik dari http://tukartiub.blogspot.com/

ps: Sebagai rakyat Malaysia, tak ada siapa yang mampu menghalang diri kita untuk BERFIKIR.

1 comment:

Kasih Alyza said...

5.Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah?

soalan tu i tlg jwp kan.. krn bila jatuh saja hukum mati tu, kedua2 nya akan dilarikan ke luar negara tuk menukar identiti diri menjadi org yg baru...

org yg bakal digantung nnt adalah org lain samada mat bangla ataupun mat indo... spt mana yg tlh dilakukan pada kes botak chin dan juga kali muthu...