Tuesday, October 28, 2008

Dari KL ke JB

28 Oktober 2008
Mahkamah Kuala Lumpur
Aku ingat lagi, 6 April 2007 kali pertama aku menjejakkan kaki di Kuala Lumpur bersendirian. Jauh aku memandu, banyak tempat aku tinggal menumpang & last sekali aku kekal duduk menyewa dengan kazen aku, Aim. Ramai orang aku kenal & sehingga kini yang paling rapat, korang semua pun tau kan. Macam2 benda yang aku buat termasuk la yang terkini aku join entertainment.
Esok aku akan meninggalkan Kuala Lumpur, balik ke johor, mungkin untuk selama2nya. Aku akan mula bertugas di JB bermula awal bulan November. Banyak senyum yang terukir menyambut aku pulang namun banyak juga air mata yang gugur melepaskan ku pergi. Namun kita semua kena redha, pertemuan itu mutlak & perpisahan itu pasti.
Kenangan bersama korang semua akan tetap aku abadikan dalam hati,kalau tidak pun dalam blog ni. Mana la tau nanti aku hilang ingatan ke kan, log ni boleh r jadi rujukan.hehehe
Aku mintak maaf, banyak benda yang aku tak setel lagi, ramai orang aku tak jumpa lagi, banyak hutang aku tak bayar lagi & yang paling aku sedih, aku dapat tau adik aku kena slip disc. Kenapa saat2 akhir camni? Aku tak sempat nak jaga dia, tapi dia selalu ingatkan aku supaya kuat, jangan sedih2, takde apa2, dia ok..adoyai..
Mana mungkin aku boleh terima apa yang dia cakap tu bila setiap kali aku tengok dia menahan sakit, hati aku yang risau. Tapi aku pun taknak dia sedih. Aku nak dia terima, dia kena kuat, kami kena positif. Dia akan tinggal kat sini tanpa aku.
Aku mintak adik selalu ingat apa yang aku pesan semalam:
"Always do right things. Apa pun yang adik buat belakang abang abg takkan tau. Apa orang cakap tentang adik abang tak peduli sebab abang percaya adik. Cuma hargailah kepercayaan yang abang bagi tu & adik tau camne nak balas balik kan?"
Esok pagi2 aku akan mulakan perjalanan. Aku harap korang doakan aku k. Apa pun yang aku pernah buat kat korang aku mintak maaf. aku bukan yang terbaik tapi aku dah cuba sedaya upaya aku untuk jadi yang terbaik. Korang yang tinggal kena teruskan hidup cam biasa. Korang kat KL ni ramai, tapi aku.. Aku sorang2 je kat sana, menghadapi semua yang serba baru sorang2.
Adik & angah ada kata, lepas ni blog ni dah takde lagi cerita pasal dorang, takde lagi cerita Kuala Lumpur, tapi pada aku, kita akan ikut aliran masa. Aku kat johor,aku pun tak tau apa akan berlaku. Aku sorang yang sangat hargai hubungan, so korang jangan risau.
Aku tak nak janji apa2, tapi aku harap jangan tangisi pemergian aku. Aku bukan pergi ke mana2 pun, Johor je. korang still boleh call @ sms aku. Aku hargai setiap yang korang penah beri kat aku. Aku akan simpan sampai bila2. Aku tak nak letak gambar dalam n3 ni bukan sebab aku tak hargai korang. Aku just tak nak letak. Aku harap korang ok.
Ok la, kita tengok apa lak cerita aku kat Johor nanti. Korang jaga la diri bebaik, ingat pesan aku yang baik, yang tak elok tu pandai2 la korang tapis. Harapan aku yang terbesar, teruskanlah persaudaraan korang. Jangan bila aku takde korang gado, tak berhubung, berpecah..adoyai..
Untuk pembaca blog aku ni, aku akan bercuti mulai esok hingga la aku lapor diri kat JB 3 November nanti. So mb takde n3 sepanjang masa tu k.
K la semua, aku pun takmo sedih2 dah..Korang memang best sampai bila2. Assalamualaikum.

..adik nak tanya..


"Nenek..nenek.." dari jauh dia berlari mendapatkan nenek.

"Kenapa ni cayang..? Meh kat nenek.." nenek menyambut cucu kesayangannya.

"Nenek,kita kan ada bela ikan kan..Ikan jantan kita sakit la nek.." adunya pada nenek. Duduk diriba nenek rasa selesa. Nenek memeluknya erat.

"Ha,rawat la ikan tu..Beri perhatian lebih, tengok sisik dia gugur tak, ekor dia camne.."

"Tapi abang cakap kita pilih kasih lah nek"

"Eh, kenapa pulak..?"

"Ye la,kita asyik tengok ikan tu je..Kita selalu belai ikan tu, kasi ubat.Ikan lain tak jeles ke nek?"

"Ish mana pulak..Ikan jantan tu kan sakit, kena la cu bagi perhatian lebih..Mana boleh sama dengan ikan2 lain..Abang tak tau kot"

"Abang tau..Dia selalu kata ikan jantan kau tu sakit, degil, selalu gadoh"

"Em..abang tak faham kot..Ikan sakit kena la bagi perhatian lebih sampai dia sihat. Ikan yang dah sihat tak perlu la kita tengok sangat.." Nenek membetulkan rambutnya yang terjurai.

Dia angguk2 kepala & tersenyum..Sekarang dia puas hati. Ikan lain tak jeles & abang tak boleh tuduh dia pilih kasih..Ikan jantannya sakit.

Blaja Edit

Alamak, qualiti gambar tak seperti yang diharapkan..

Jawapan Untuk Faryal 2

Komen:
bkn semua manusia itu akan menjadi spt yg abg harapkan.. bkn senang kita nak ubahkan org klu tuan tubuh tu sendiri taknak berubah....cuma al berdoa semoga dgn kasih sayang yg abg berikan tu dpt lah memberi kesedaran pd manusia2 itu nanti....

Jawapan:

Cerita zaman nabi ibrahim abg jadikan panduan:
Seekor burung kecil terbang pergi & balik untuk memadamkan api yg membakar nabi ibrahim. Dia ditegur oleh helang, "engkau kecik camni mana mampu nak padam api yg besar gile tu."
Burung kecik jawab, "sekurang2nya bila Allah tanya apa usaha kau untuk membantu nabi Allah,aku ada jawapannya, aku telah berusaha."
Natijahnya, berhasil @ tidak usaha kita mengubah seseorang tidak akan Allah pandang, apa yang Dia pandang adalah usaha kita. Sekurang2nya bila Allah tanya "Jebat, apa usaha kau mengubah dia?" abg boleh jawab "aku dah buat begitu begini Ya Allah & aku tak putus asa.."
Macam mana abg nak jawab kalau abg putus asa & tak usaha?
Jadi abg harap, jgn la terus menerus cakap camni, fikir negatif & kata org tu xnak berubah.Abg yakin, satu hari dia akan berubah kalau Allah nak dia berubah. Kalau tak sokong pun usaha abg, diam je pun takpe k..

Friday, October 24, 2008

melihat



Lihatlah dengan mata hati
apa yang kau lihat akan kau mengerti
jangan lihat dengan penuh nafsu
barangkali ia akan memburumu..
Pandangan mata tak kan berdusta
tapi kau akan keliru kerananya
kau akan lihat luarannya
tapi tertipu dengan dalamannya..

editing..

cubaan belajar mengedit gambar..emm..ok tak?

Ketika Angah Mengadu


Hahaha.. Aku tak tau apa yang angah ngadu kat aku masa tu, yang aku ingat aku tengah fokus kat ayam goreng dalam pinggan adik karat.. hahahaha

Istana Budaya


Aku RASA gambar ni cantik & aku nak letak kat blog ni tapi tiba2 aku terperasan sesuatu yang tak kena. Korang boleh agak kan apa yg ada disebalik titik hitam yang aku buat pada gambar tu? Lain kali aku akan lebih hati2.
Ini la yang aku maksudkan..

Ting Tong Teng Teng



Adakah kau keliru, hitam putih warna hidupmu, lalu ku suluh arah, mengapa kau membantah, kuhantar kecahaya, kau pilih sebaliknya, tapi ku tak upaya, menahan langkah kakimu, kerana kau yang berjalan, dan aku pimpin tangan, tapi telah kau lepaskan, fikirkan kerana kau mampu berfikir, renungkan kau telah dibekalkan, diajar jadi manusia kau pilih jadi apa..?

*sekadar gambar hiasan - sbb ko model..lalala

citacita sosa kl kl kosa nostra

Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..
kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual…
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang
pecah tembelang… peta dah hilang…
bangau dah pulang… suara sumbang..
lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena..
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum
ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat
ramai saudaraku yang baik telah dipijak
awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

puisi hati mu… hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

kulit tak bersalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

Jamuan Raya

24 Oktober 2008
Aras B1 Kompleks Mahkamah KL
Fiza datang jemput aku & kawan2 join jamuan raya. Apa? Makan? Aku memang pantang..hahahaha
Ratap la gambar juadah yang disediakan. Credit to Subaidah yang sediakan Mi Bandong Muar yang sedap. Rindu aku nak makan Mi Bandong Muar terasa terubat la jugak. Emm..ada lebih tak, nak tapao boleh? hahahahaaa...
Aku tau, kalau aku cakap camtu mesti Fiza cakap, "tuan ni tak malu.."..hehehe


Rumah Terbuka Karyawan

23 Oktober 2008,
Istana Budaya, Kuala Lumpur
Mula2 aku nak kata "Ya Allah, kenapa mata aku ni?"
Mata kanan aku dah start buat hal sejak petang. Aku tak tau kenapa tapi korang tengok la fokus aku, lari gile.. Mudah2an hanya sementara.
Angah bagitau, abg Mas Omar jemput ke Istana Budaya malam ni untuk majlis Rumah Terbuka Karyawan. Aku batalkan semua fotoshoot malam tu & bagitau adik suruh standby. Kul 8.30 kami gerak. (Korang percaya tak, keta aku wat hal lagi..waaaaaaaaaaaaaa)
Kami sampai dah kul 9.45. Tapi majlis masih meriah, ramai jemputan yang masih bertahan kat situ. Malam ni ada 3 majlis yang bertembung. Rumah Terbuka Karyawan, Rumah Terbuka Media Prima & Rumah Terbuka Suriafm.. Aku tau kami tak kan mampu penuhi semua undangan.
Param, M. Daud Kilau, Rohana Jalil, Siti Fairus, Halil Chik, Iqwal dan ramai lagi artis veteran turut hadir. Zizan & johan pengacara bersama. VVIP yang hadir ialah Ketua Menteri Melaka, YAB Dato' Seri Mohd Ali Rustam.
Budak berdua ni bukan main manje lagi dengan artis2 veteran. Tengok la pose dorang dengan Jaafar Onn..Amboiii...Uncle Param datang dengan berkerusi roda. Mudah2an Karyawan dapat buat sesuatu sementara dia masih ada.
Aku pun bukan makan sangat tapi lebih seronok jumpa kawan2. Zizan, punya la lama tak jumpa..Johan, memang tak penah jumpa. Kak Herlina & anak2 yang cute, fotografer karangkraf, abg Bob yang best, Iqwal, artis baru yang meletop kat Holywood, jumpa dorang semua ni buat aku jadi kenyang.
Aaaaaaaaaaahhaa.. macam biasa la, bila ada kesempatan, dorang ni berposing sakan la. Aku pun seronok sebab ni 1st time aku ambik gambar malam yang bercahaya. Tapi macam aku cakap, mata aku buat hal. (ini bukan alasan ye).
Ratap la gambar2 Kay & Adik Karat.
Adik Karat dah pandai pose model siot..
Aku tak ingat pukul berapa kami tinggalkan majlis dalam hujan renyai. Baru la terasa perut masing2 dah berkeroncong..

Adik, Angah, Bukak Mata Please..

vava: adoi...vi g dgr lagu matahariku...sedih tau lagu tu...waa.kakva paham prasaan vi.tp kita kena kuat k..ingat kita ader mak ayah pon da cukup...
vava: tp kalau kakva tgk pic nie la,klu kakva jd ko mungking now sy tgh terbang ke langit...wwaaa...jgn wat cam nie wahai kaum adam...sakit...sakit dihati tak sapa yg tau
vava: lagi satu..jgn terpedaya dgn janji2@kata2 manis dr kaum adam nie...janji dorg macam ba*i...bo*o..banggang...tak ska dgr janji2 manis dorg tu...aarrggghhhh.....pg ja**nam ngn kata2 mu itu...
vava: sabar k vi..pg la buang pic tu yg ko letak kat blog tu knp???wat sakit diri je...
vava: vi ok lagi br kenal ngn dia...kakva nie da 3 tahun tau...janji2 manis dia da tak terkira...lebih dr SEJUTA...semua hipokrit...kat luar tu vi,ader lagi yg syg kat vi...tugu jer k...
vava: da...tiru gaya sy...buang semua pic2 vi ngn dia,pic2 yg le sakitkan hati..bukakan hati vi utk org lain..masih ader lagi org yg akan bg kita kebahagian..
vivi.: thanz kak vava coz bg support kt vi..
Vuvu: vava, akak rasa sis tu msh terikat dgn kenangan sis... sbb vi tu sgt kuat org nya... xder skit pun terpengaruh gan janji2 bo*o bangang mamat tu... sbb tu vi berani wat blog cam nie spy jntan tu paham
Vuvu: bkn mudah nak aniaya adik bungsu kita nie.... ingat selagi kita ni bernama ppuan mmg kita jd mainan pd laki2 xguna diluar sana la.. so kita yg kna kuat semangat tuk melawan nya...
vivi.: hmmm
vivi.: vi b'syukur coz ade yg blh back up vi..spy vi lbih tabah
Vuvu: kita ptt dktkan diri pd Dia, mengadu pd Dia, mohon pd Dia agar kita sentiasa ingat pd Dia.. bkn bila kita dh jatuh br kita pikirkan ttg Dia tp Dia xprnh lupakan kita.. ingat tu..
vava: ye....sy ingat...
djebat: vuvu, mamat & jantan bangang tu adik i..busk & buruk mana pun dia ttp adik i.

Aku terkedu, tergamam & bungkam.
Bukan la sebelum ni aku tak tau & tak pernah cakap, tapi semua tu berlaku dengan perancangan rapi Dia.
Aku dapat tau mereka bercinta pun selepas masing2 sayang2, cintan cintun. Bukan sebelum tu.
Kalau sebelum tu, SUMPAH, aku akan nasihatkan supaya jangan terima cinta "jantan2 banggang" ni. Kalau la selepas mereka bercinta aku halang, mati la, apa pun yang aku cakap takkan ada nilainya. Orang tengah syok, aku nak nasihat? aku nak halang? silap2 aku dapat " Blah la lu abg jebat", "sibuk hal orang watpe,diri sendiri uruskan dulu" dan lain2 lagi la ayat2 biasa orang kemaruk cinta.
Tapi bila masing2 dah tangkap syok, apa yang mampu aku buat ialah berdoa & bagi panduan supaya dorang dapat jaga hati dan perasaan masing2. Aku just nak tengok dorang bahagia & happy selalu, dalam masa sama aku bimbang.
Aku risau sebab aku akan tersepit antara cinta dorang. Aku tak nak dalam dilema. Aku tak nak menangkan sapa2. Aku tak nak,tak nak..
Rupa2nya perancangan Dia lebih sempurna. Kalau masa bercinta, dialah terbaik, dialah madu dialah penawar, dialah hati, jantung, limpa, hempedu, buah pinggang, urat saraf.. Bila Allah takdirkan tiada jodoh antara mereka, madu & penawar tadi menjadi racun, dia yg konon2 cute macam hamster tadi dh jadi ba*i, dia yang cerdik pandai dah jadi bo*o banggang, yang sehidup semati tadi dah disuruh pergi ja**nam.
Itulah hakikat cinta. Adik, angah, bukak la mata besar2..abg cuma nak yang terbaik untuk korang. Belajarlah menilai ketika memberi & belajarlah menghargai bila menerima. Jangan mainkan perasaan orang dik. Sekali kita sakiti hati orang, pedih tu tak kan hilang sampai bila2. Jangan sebab kita pernah terluka maka kita nak melukakan pulak.
Ingatlah pesan Jibrail kepada Rasulullah S.A.W:
"Wahai Muhammad, sayangilah siapa juga yang ingin kau sayang tapi ingatlah, kamu akan berpisah dengannya"
Pesan abg, Pertemuan itu mutlak, perpisahan sudah pasti".
Terimalah ini sebagai panduan. Kau LELAKI, dah diperintahkan Nabi menjadi pelindung mereka.

Cubaan bermain cahaya

Aku jeles tengok hasil keje erman http://bojeng400d.blogspot.com/.
Memang gempak & aku admire gambar2 yang dia shoot. Aku nak jadi camtu..Aku nak gambar2 camtu..waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Semalam balik dari Rumah Terbuka Karyawan kat Istana Budaya, Kay bawak aku lalu kat KLCC. Tiba2 aku teringat gambar2 dalam blog erman. Aku pun cuba..
Ada sapa nak komen? Aku puas hati sangat, at least untuk cubaan pertama aku ni, ini la hasilnya. Aku nampak lak bangunan Public Bank.

Serius, aku nak belajar lagi tentang pencahayaan. Aku minat, aku teruja.. Emm.. gambar pokok tu aku snap kat IB.

Terima Kasih

Tiba2 je petang semalam Hafaz, Mas, Iqa, Fareez & Linda datang bilik aku, terjengah2, terjengok2..Aku ingatkan kenapa, rupa2nya.. Terima kasih la kat korang. Hadiah yang besar maknanya tu akan saya manfaatkan. Bukan besar hadiahnya, tapi makna persahabatan dalam pemberian tersebut. Kak Nab tak dapat bersama petang tu. Apa pun, korang memang te best deboom la..Thanks so much ek korang.

Bakat Baru: Shubki

Shubki ada bakat yang boleh diketengahkan cuma kurang peluang untuk mengasah bakat itu. BlueBiru Entertainment memberi ruang kepada Shubki untuk mencuba.
Jika anda perlukan khidmat model ini, just call 0127597151

Thursday, October 23, 2008

..dari mana kita datang?


"Aku pelik melihat manusia yang sombong, lahirnya dari setitis air mani yang hina, matinya menjadi bangkai, dia masih sombong dimuka bumi Allah"
~ Al Imam As Syafii

Wednesday, October 22, 2008

Terpaksa gak wat n3..hahaha

Tengah aku tension2 wat keje, nak kena siapkan 7000 fail sebelum ujung minggu ni, kawan baek aku call. Sebenarnya dia meseg kat cbox tapi aku mana la tengok sangat sebab aku dah bagitau awal2, aku takkan buat n3 hari ni..
Korang tengok la apa dia dah buat kat muka aku.. Dapat gak kita tengok aku dalam macam2 watak old school kan. Haahahaaa..ratap la gambar2 ni..
Ha, ni la orang yang bertanggung jawab meng'ejas' gambar aku..chill..
Credit To Sharil Anuar Mohd Noor

TIADA N3 UNTUK HARI INI

HARAP MAKLUM
~Djebat

Tuesday, October 21, 2008

Kira Gigi

Tengah elok punya borak, alih2 mumu bagitau gigi dia cukup 32 batang.. Serentak semua terdiam, mengira gigi masing2. Aku kira pakai lidah je tapi adik kira pakai jari. Hahahahaha..
Korang penah buat? Kira r gigi korang, cukup tak 16 atas 16 bawah..

Ni satu skill baru nak bagi orang berenti bercakap, pastu ketawa berdekah2..cuba la,hahaha.

You Are Special

A well-known speaker started off his seminar by holding up a $20.00 bill. In the room of 200, he asked, "Who would like this $20 bill?"

Hands started going up.

He said, "I am going to give this $20 to one of you but first, let me do this. He proceeded to crumple up the $20 dollar bill. He then asked, "Who still wants it?"

Still the hands were up in the air.

Well, he replied, "What if I do this?" And he dropped it on the ground and started to grind it into the floor with his shoe. He picked it up, now crumpled and dirty. "Now, who still wants it?"

Still the hands went into the air.

My friends, we have all learned a very valuable lesson.

No matter what I did to the money, you still wanted it because it did not decrease in value. It was still worth $20. Many times in our lives, we are dropped, crumpled, and ground into the dirt by the decisions we make and the circumstances that come our way. We feel as though we are worthless. But no matter what has happened or what will happen, you will never lose your value. Dirty or clean, crumpled or finely creased, you are still priceless to those who DO LOVE you.

The worth of our lives comes not in what we do or who we know, but by WHO WE ARE.

YOU ARE SPECIAL - Don't EVER forget it."

Selamat Hari Tua: Tadox

Selamat Hari Tua
Selamat Hari Tua
Selamat Hari Tua Tadox
Selamat Hari Tua
(tepok..tepok..tepok)

NASIONALIS KIRI SHAMSIAH FAKEH MENINGGAL DUNIA - TERKINI !!

Shamsiah Fakeh nasionalis kiri yang berjuang mengangkat senjata melawan British telah meninggal dunia pagi ini jam 9.00.Jenazah akan di uruskan di Surau Al-Hidayah Kucai Enterpreneur’s Park.Akan di kebumikan di tanah Perkuburan Islam Sungai Besi selepas Asar.( Ahad dua minggu dulu rakan sekolah pondok Shamsiah Fakeh – Rais Manaf telah juga meninggal dunia di Jelebu )
Al-Fatihah

Hadith: Sabar

6.11am, 21 Oktober 2008
Appartment Jelutong, Selayang Heights

Pagi2 buta aku dapat sms. Dan inilah kata hatiku saat ini.. Djebat, sabarlah.. Sabarlah kerana Allah sedang mengujimu. Sabarlah kalau madu yang kau beri dibalas tuba. Sabar juga kalau hati insan yang paling kau sayang mula berubah. Bukankah kau pernah bercerita tentang "beras berasal dari padi..?" Ketika ini Allah hantar kepadamu watak lelaki tua itu, tapi kini dia memainkan peranan seorang wanita yang mampu menjanjikan "dunia". Bersabarlah dan mengadulah kepada Allah.

“ …dan sesiapa yang bersabar,maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas(manfaatnya) daripada kesabaran.”
Riwayat Bukhari dan Muslim

Fahamkan

Kepada semua banduan…
menjadi mayat adalah tanda kita keluar dari "penjara dunia", langkahan kaki kita adalah langkahan maut..
menuju tempat menjadi mayat…
Aku telah lama berkelakar.. hari ini kamu ketawakan aku..
bukankah kita semua akan menjadi mayat...
Dan menjadi mayat juga adalah satu satunya cara berjumpa dengan Allah..
Tidak mahukah kita ingin berjumpa dengan pencipta kita ?

Hadith: Amal

Djebat,
"Janganlah engkau beramal agar engkau disebut-sebut, sembunyikanlah kebaikanmu sebagaimana engkau menyembunyikan keburukanmu"

(Basyr binAl Harits)

1st Day Angah Keje

Aku tak ingat bila tarikhnya. Tapi yang aku tau ni la hari Kay gi interview keje. Macam biasa dia akan bawa Jay sekali sebab Jay pun on the way gi keje. Dengan skuter Kay yang takde minyak (perhatikan meter minyak) dorang redah gak.
Bila sampai korang tengok la muka Kay tu. Agak2nya kenapa ek? Owh, dia kena jawab soklan IQ test dari MENSA. Dia SMS aku tanya jawapan, aku terpaksa la bukak internet untuk tolong dia. Tapi Alhamdulillah akhirnya Kay dapat keje tu.huhuhuu..

Fotoshoot Pengantin

18 Oktober 2008,
Butik Sutera Nan Sehelai,
Selayang Indah, Selayang.
Pengalaman pertama aku dapat bila diberi kepercayaan untuk mengambil gambar dibutik pengantin. Aku sebenarnya takut nak wat fotoshoot untuk orang kawin tapi Aim nak jugak aku ambik gambar dia kawin bulan depan. So bila Ain ajak wat fotoshoot pegantin untuk final projek dia,aku tanya adik karat dia setuju tak jadi model. Adik bagi green light je aku pun amek peluang ni. So jangan la ada sapa2 yang sentap tengok "gambar kawen" dorang ni sebab ni cuma untuk tolong ain & asah bakat aku jek.

Aku tak tau nak komen keje aku sendiri tapi pada aku, nampak sangat amaturnya. Aku pun tak puas hati, tak tau la orang lain. Tentang pose2 pengantin tu aku tak risau sangat sebab aku banyak buat rujukan. Adik & ain pun pandai bergaya.

Tambah lak lagi dengan baju2 dari Butik Sutera Nan Sehelai yang cantik & potongan moden ni, aku nampak dua2 model ni ada bakat memperagakan baju2 tu.

Sebenarnya aku lebih suka kalau dorang buat outdoor. Sayangnya Ain deal dengan pihak butik untuk shoot dalam butik tu je.

Setakat ni,aku tak puas hati dengan keje aku tu. Aku kena banyak belajar lagi. Tapi sapa2 yang berani nak merosakkan gambar perkahwinan dorang, bagitau la aku. Aku charge harga amatur je..hahahahahaa

Credit to: Butik Sutera Nan Shelai (019-2232226)

Monday, October 20, 2008

6 Wajah

Hahahaha..
Korang suka yang mana?
Aku takleh nak memilih,
sebab camne pun rupanya,
itu AKU..
hahaahah

Selamat Pengantin Baru

Ada cerita pengantin baru?
Ada abang & akak yang tak tau dorang kawin?
Ada orang yang makan hati?
Semak cerita pengantin baru ni di:

Pizza Hut

17 Oktober 2008
Pizza Hut Selayang Mall

Petang tu hujan yang amat lebat..Ya Allah, kesian Fareez sebab dia naik motor. Tapi masa nak gerak ke Selayang Mall tu hujan dah mula reda. Kami gerak sebaik habis waktu kerja & yang turut serta dalam program ni ialah Hafaz bersama isteri, Mas, Iqa, Linda & Fareez. Selain tu, adik Karat & Dikwan akan turut sama memeriahkan majlis..hehehee

Aku dapat call Hafaz kata dorang dah gerak. So aku pun gerak la sorang2 drive ke sana. Alih2 aku sampai dulu. Adik Karat & Dikwan sampai lepas kami sapu licin hidangan yang ada. Terpaksa la dorang order lain. Aku tak kisah sebab dapat tumpang sekaki lagi sekali..hahaha
Lepas makan & solat, kami gerak ke K-Box Selayang Mall. Ada yang berhajat nak asah suara. Setiap orang kena nyanyi 2 lagu paling kurang. Ratap la gambar2 yang ada.
Sebenarnya majlis ringkas ni atas usaha staf2 court 1 & court 2 plus beberapa rakan cuma sayangnya beberapa orang tidak dapat turut serta antaranya Kak Nab, Liza dan Hafaz yang sempat menjamu selera sahaja.
Mas gelakkan siapa tu? Apa pun, terima kasih banyak2 kerana meluangkan masa bersama.

Sahabat Interaktif Malaysia

19 Oktober 2008,
Kuala Lumpur International Hotel, Kampung Baru.

Aku pergi dengan Kay, adik Karat & Mumu. Kitorang sampai dalam kul 2.30 petang. Antara gambar2 yang dapat dirakam oleh lensa kamera aku. Sayangnya kami tak dapat lama2 bersama Sahabat Interaktif Malaysia tersebut kerana ada beberapa urusan lain selepas itu.

Pertemuan tersebut agak ringkas tapi terasa meriahnya. Kay diminta membuat satu persembahan. Terkilan juga terpaksa menolak dengan baik memandangkan kami tidak diberitahu awal.
Kepada yang belum menyertai komuniti SIM, sila lah sertai komuniti internet terbesar di Malaysia ini. SahabatInteraktif@yahoogroups.com