Ha..Ratap la juadah2 yang aku beli kat pasar ramadhan petang tadi. Hari ni kira hari yang bermakna sangat bagi aku. Aku rasa mak lagi la rasa best, sebab masa ni kami berbuka sama2. Semua adik beradik aku ada.. cuma yang agak sayu, ini tahun kedua arwah ayah takde masa kami berbuka sama2..Riuh gak la masa berbuka tu memandangkan memang itu je la masa kitorang dapat kumpul sama.
Lepas semua solat maghrib, aktiviti terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama melayan anak2 bermain mercun & bunga api. Tapi sebenarnya mak budak yang lebih sebab anak dia tu takut nak bakar..hahahaha
Kumpulan kedua, mak aku sorang..emm..ni kira kumpulan ke..? Mak aku masukkan duit raya dalam sampul angpow. Korang jangan salah sangka ye, sampul angpow yang dalam gambar ni aku dapat masa hantar tunang Aim kat Bukit Jalil aritu. Dorang bagi,aku amek je la..

Eh,terdengar pengumuman kat TV:
"Saya, penyimpan mohor besar raja2..bla..bla..bla.."
Emm..pelik aku..orang sekarang buat tak reti je. Masa aku kecik2 dulu,kalau keluar je pengumuman ni kat tv,akan ada la sorang yang memang keje dia jaga tv, jerit panggil kitorang semua. Tak kira la tengah main bunga api ke, masuk duit dalam angpow ke, semua berkejar depan tv semata2 nak tengok Dato yang tak berapa nak ensem tu..huhuhu
Ruginye generasi sekarang kan..tak dapat rasa suasana cam dulu lagi..
No comments:
Post a Comment